PENDAFTARAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN SURAU WAKAF AHMAD DAWJEE DADABHOY KALI PERTAMA
KEPADA:

Semua Ahli Kariah,
Surau Wakaf Ahmad Dawjee Dadabhoy,
Menara Bank Islam, Kuala Lumpur.

Y. Bhg Tuan/Puan,

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN SURAU WAKAF AHMAD DAWJEE DADABHOY KALI PERTAMA

1. Adalah dengan hormatnya, selaras dengan Kaedah-Kaedah Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan)(Jawatankuasa Kariah) 2019, tuan/puan adalah diberikan Notis Mesyuarat Agung Tahunan Surau Wakaf Ahmad Dawjee Dadabhoy (SWADD)  kali Pertama akan diadakan pada butiran berikut:

Tarikh : 17 September 2021 / 10 Safar 1443H
Hari   : Jumaat
Masa : 2.30 petang
Tempat : Ruang Solat Utama SWADD (atau secara atas talian, tertakluk kepada SOP COVID19)

2. Mesyuarat Agung tersebut akan dilaksanakan sepertimana agenda-agenda berikut:

1. Ucapan aluan Setiausaha SWADD
2. Ucapan Pengerusi SWADD dan Pengerusi mempengerusikan Mesyuarat Agung
3. Pembentangan Laporan Aktiviti Januari 2020 – Disember 2020
4. Pembentangan Laporan Kewangan SWADD bagi Tahun Kewangan berakhir Disember 2020
5. Pembentangan dan Perbahasan Usul-usul
6. Penangguhan

3. Tuan/ puan adalah dialu-alukan untuk menyampaikan usul-usul untuk dibentangkan dan dibahaskan dalam Mesyuarat Agung tersebut secara bertulis kepada Setiausaha Jawatankuasa Kariah selewat-lewatnya pada 03 September 2021 melalui email hadi@swadd.com.my.

4. Sekiranya tuan/puan berminat untuk menyertai mesyuarat tersebut, sila daftar di pautan berikut https://forms.gle/WG4BRirjQpNdPbdt6

Sehubungan itu, Tuan/ Puan dijemput menghadiri mesyuarat tersebut dan segala kerjasama amat dihargai dan didahului dengan ucapan jazakumullahu khairal jaza’.

Sekian, terima kasih. Wassalam.

Yang melaksanakan tugas,

ABDULHADI AB RAHMAN
Setiausaha
Sign in to Google to save your progress. Learn more
NAMA PENUH *
EMAIL *
NOMBOR TELEFON BIMBIT : 01X-XXXXXXX (untuk dihantar jemputan) *
TEMPAT BEKERJA (CTH : MENARA BANK ISLAM) *
BAHAGIAN / JABATAN (CTH : SHARIAH) *
ARAS (CTH : 27) *
Perakuan
Dengan menghantar borang ini saya mengaku maklumat yang diberikan adalah benar.
Submit
Clear form
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google. Report Abuse - Terms of Service - Privacy Policy