PENUTUPAN PERKHIDMATAN KAUNTER CAWANGAN JBG WP LABUAN BERMULA 1 JUN 2021 HINGGA 14 JUN 2021
PERKHIDMATAN PERTANYAAN DALAM TALIAN - JBG WP LABUAN

Selaras dengan pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh (SPP) / Total Lockdown Fasa 1 bermula 1 hingga 14 Jun 2021 oleh Kerajaan dalam membendung penularan wabak COVID-19, dimaklumkan perkhidmatan kaunter di seluruh cawangan Jabatan Bantuan Guaman (JBG) adalah ditutup.

Sehubungan itu, bagi sebarang pertanyaan berkaitan perkhidmatan JBG, tuan/puan boleh menghubungi JBG WP Labuan dengan mengemukakan pertanyaan secara dalam talian melalui borang berikut :
Sign in to Google to save your progress. Learn more
Email *
Nama *
No Telefon *
Alamat *
Prosiding Jenayah
Khidmat bantuan guaman dalam kes jenayah adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Bantuan Guaman 1971 yang meliputi kes-kes:

Semua prosiding jenayah di mana tertuduh tidak diwakili oleh peguam mengaku salah kepada pertuduhan dan ingin membuat mitigasi untuk meringankan hukuman berkenaan dengannya;
Prosiding jenayah di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611]; dan
Prosiding jenayah di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 [Akta 336]
Prosiding Sivil
Bantuan guaman dalam tindakan sivil adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga Akta Bantuan Guaman 1971 yang meliputi kes-kes sivil berikut:

Prosiding di bawah Akta Perempuan Bersuami dan Anak-Anak (Nafkah) 1950 [Akta 263]
Prosiding di bawah Ordinan Nafkah 1959 (Sabah No. 7 tahun 1959)
Prosiding di bawah Ordinan Perkahwinan Adat Bumiputera Sarawak (Nafkah) 2003 [Bab 55]
Prosiding di bawah Akta Perintah Nafkah (Kemudahan bagi Penguatkuasaan) 1949 [Akta 34] untuk perintah sementara
Prosiding di bawah Akta Perempuan Bersuami dan Anak-Anak (Penguatkuasaan Nafkah) 1968 [Akta 356]
Hak dan tanggungan mengenai prosiding perceraian dan jagaan
Hak dan tanggungan di bawah Akta Pengangkatan 1952 [Akta 257]
Hak dan tanggungan di bawah Ordinan Pengangkatan 1960 (Sabah No. 23 tahun 1960)
Prosiding di bawah Ordinan Pengangkatan Sarawak (Bab 91)
Hak dan tanggungan di bawah Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 [Akta 98]
Permohonan Probet dan Surat Mentadbir Pusaka
Hak dan tanggungan di bawah Ordinan Probet dan Pentadbiran 1947 Sabah (Bab 109)
Hak dan tanggungan di bawah Ordinan Pentadbiran Harta Pusaka Sarawak (Bab 80)
Hak dan tanggungan di bawah Akta Penanam Padi (Mengawal Sewa dan Menjamin Pemegangan) 1967 [Akta 528]
Hak dan tanggungan mengenai tindakan sivil bagi ganti rugi yang berbangkit daripada kemalangan yang melibatkan kenderaan bermotor yang termasuk dalam pengertian Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333]
Hak dan tanggungan di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 [Akta 400]
Hak dan tanggungan mengenai prosiding yang berhubungan dengan penyewaan
Hak dan tanggungan di bawah Akta Sewa Beli 1967 [Akta 212]
Tuntutan pengguna
Prosiding Syariah
Bantuan guaman dalam prosiding syariah merangkumi:

Prosiding yang berhubungan dengan pertunangan (ganti rugi), nafkah, jagaan, perceraian, hutang perkahwinan, mutaah dan harta sepencarian
Prosiding yang berhubungan dengan alang semasa hidup (hibah) dan wasiat.
Jenis Pertanyaan / Kes *
Required
Sila kemukakan pertanyaan anda
Submit
Clear form
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google. Report Abuse - Terms of Service - Privacy Policy