KAJI SELIDIK PENGGUNAAN DATA PEMANTAUAN CTBT DI MALAYSIA
Pusat Data Kebangsaan bagi Triti Pengharaman Menyeluruh Ujian Senjata Nuklear (CTBT), Agensi Nuklear Malaysia sedang menjalankan satu kajian mengenai penggunaan data pemantauan sistem pemantauan antarabangsa (IMS) dibawah CTBT di Malaysia.

Tujuan Kaji Selidik
i)    menilai tahap kesedaran awam mengenai Triti Pengharaman Menyeluruh Ujian Senjata Nuklear (The Comprehensive Nuclear Test-Ban Treaty, CTBT);
ii)   menilai tahap penggunaan data Sistem Pemantauan Antarabangsa (International Monitoring System, IMS) di kalangan pusat penyelidikan, universiti dan agensi kerajaan yang berkaitan;
iii)  mengenalpasti manfaat dan faedah yang diperoleh daripada penggunaan data pemantauan IMS;
iv)  mengenalpasti potensi pengunaan data pemantauan IMS bagi tujuan sivil dan saintifik; dan akhirnya
v)   untuk mengenalpasti pendekatan yang lebih efektif bagi meningkatkan tahap penggunaan data pemantauan IMS, terutamanya bagi tujuan sivil dan saintifik, di Malaysia.

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi:

     Muhammed Zulfakar Zolkaffly
     Pusat Data Kebangsaan CTBT
     Agensi Nuklear Malaysia
     Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI)
     No. HP: +601121201263
     E-mel: zulfakar@nuclearmalaysia.gov.my

Kerjasama YBhg Dato’ / Datuk / Datin / Ir / Ts / Dr / Tuan / Puan  meluangkan sedikit masa untuk mengambil bahagian dalam kaji selidik ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Segala maklumat peribadi, maklumbalas dan pandangan yang diberikan melalui kaji selidik ini adalah sulit dan tidak akan disebarkan untuk sebarang tujuan lain.
Sign in to Google to save your progress. Learn more
Email *
BAHAGIAN A: DEMOGRAFI RESPONDEN
Sila pilih pilhan jawapan yang diberkenaan.
1. Umur *
2. Jantina *
3. Kumpulan Perkhidmatan *
4. Jenis Perkhidmatan *
5. Kementerian / Jabatan / Agensi / Intistusi tempat anda berkhidmat sekarang? *
6. Tempoh berkhidmat *
7. Adakah anda pengguna berdaftar CTBT di Malaysia? *
BAHAGIAN B: TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI TRITI PENGHARAMAN MENYELURUH UJIAN SENJATA NUKLEAR (CTBT)
Bahagian ini mengandungi 10 penyataan/soalan yang bertujuan mendapatkan maklumbalas berhubung tahap pengetahuan responden mengenai CTBT dan pelaksanaannya di Malaysia.

Nyatakan tahap pengetahuan anda terhadap penyataan 1 hingga 10 mengikut skala berikut:

a) Sangat Tinggi
b) Tinggi
c) Sederhana
d) Rendah
e) Sangat Rendah

1) Saya mengetahui mengenai CTBT serta objektif penubuhannya. *
2) Saya mengetahui bahawa Malaysia adalah salah sebuah negara anggota kepada Triti Pengharaman Menyeluruh Ujian Senjata Nuklear (CTBT). *
3) Saya mengetahui mengenai pelaksanaan aktiviti berkaitan CTBT di Malaysia. *
4) Saya mengetahui bahawa Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) merupakan agensi Kerajaan yang dipertanggungjawabkan sebagai Pihak Berkuasa Kebangsaan bagi pelaksanaan CTBT di Malaysia. *
5) Saya mengetahui dan pernah mengikuti program dan aktiviti berkaitan CTBT yang dianjurkan oleh Nuklear Malaysia. *
6) Saya mengetahui bahawa Malaysia mempunyai sebuah Pusat Data Kebangsaan CTBT yang terletak di Agensi Nuklear Malaysia. *
7) Saya mengetahui bahawa terdapat 321 buah stesen pemantauan antarabangsa di seluruh dunia yang dibangunkan dibawah Sistem Pemantauan Antarabangsa (IMS) CTBT bagi tujuan pemantauan sebarang aktiviti ujian senjata nuklear. *
8) Saya mengetahui bahawa stesen pemantauan antarabangsa yang dibangunkan tersebut terdiri daripada empat (4) jenis teknologi pemantauan iaitu teknologi seismik, hidroakustik, infrabunyi, dan radionuklid. *
9) Saya mengetahui bahawa Malaysia mengoperasikan salah satu daripada 321 buah stesen pemantauan antarabangsa tersebut, iaitu Stesen Pemantauan Radionuklid di Cameron Highlands, Pahang. *
10) Dari sumber manakah anda memperoleh maklumat dan pengetahuan mengenai CTBT ini? *
Required
BAHAGIAN C: TAHAP PENGGUNAAN DATA PEMANTAUAN DARI STESEN PEMANTAUAN ANTARABANGSA (IMS) CTBT
Bahagian ini mengandungi 8 penyataan/soalan yang bertujuan mendapatkan maklumbalas berhubung tahap pengetahuan responden mengenai data pemantauan IMS CTBT dan tahap penggunaan di Malaysia.

Nyatakan maklumbalas anda terhadap penyataan 11 hingga 18 mengikut skala berikut:
a) Sangat Setuju
b) Setuju
c) Sederhana Setuju
d) Sederhana  Tidak Bersetuju
e) Tidak Setuju
f) Sangat Tidak Setuju
11) Data pemantauan IMS CTBT terdiri daripada empat (4) jenis data pemantauan iaitu data pemantauan seismik, hidroakustik, infrabunyi, dan radionuklid. *
12) Saya mempunyai pengetahuan mengenai kesemua jenis atau salah satu data pemantauan IMS CTBT tersebut. *
13) Selain bagi tujuan pemantauan ujian senjata nuklear, data pemantauan IMS CTBT juga digunakan secara meluas untuk pelbagai tujuan awam atau kajian saintifik. *
14) Bidang tugas atau pekerjaan saya ada melibatkan penggunaan data seismik, hidroakustik, infrabunyi atau radionuklid. *
15) Saya pernah menggunapakai kesemua jenis atau salah satu data pemantauan IMS CTBT tersebut untuk tujuan awam atau kajian saintifik. *
16) Kenalan dan rakan sekerja saya pernah menggunapakai data-data pemantauan IMS CTBT untuk tujuan awam atau kajian saintifik. *
17) Saya mengetahui mengenai kaedah untuk mengakses data pemantauan IMS CTBT tersebut sama ada bagi tujuan awam atau kajian saintifik. *
18) Saya mengetahui bahawa data pemantauan IMS CTBT boleh diperolehi secara percuma daripada Organisasi Triti Pengharaman Menyeluruh Ujian Nuklear (CTBTO). *
BAHAGIAN D: POTENSI PENGGUNAAN DATA PEMANTAUAN IMS CTBT
Sistem Pemantauan Antarabangsa (IMS) CTBT adalah rangkaian global 321 stesen yang dibangunkan menggunakan teknologi seismik, hidroakustik, infrabunyi dan radionuklid bagi mengesan sebarang letupan ujian senjata nuklear, samada di bawah atau permukaan bumi, di lautan mahupun di atmosfera, setiap hari tanpa henti.

Data-data pemantauan yang direkod oleh setiap stesen ini juga boleh dimanfaatkan untuk berbagai tujuan awam atau kajian saintifik seperti dilakukan oleh pelbagai organisasi dan ramai penyelidik diperingkat antarabangsa. Data-data ini antara lain menyumbang dalam usaha menangani bencana alam, pelaksanaan kajian gempa dan struktur bumi, kajian laut dan perubahan iklim. Data seismik dan hidroakustik dari IMS CTBT sebagai contoh turut digunapakai dalam sistem amaran awal tsunami pelbagai negara termasuk Malaysia.

Bahagian ini mengandungi 7 penyataan/soalan yang bertujuan mendapatkan maklumbalas responden berhubung potensi penggunaan data-data pemantauan IMS CTBT untuk tujuan awam atau kajian saintifik
19) Saya berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai data pemantauan IMS CTBT serta potensi penggunaanya untuk tujuan awam atau kajian saintifik. *
20) Saya berminat untuk menggunakan data-data pemantauan IMS CTBT untuk tujuan awam atau kajian saintifik. *
21) Saya berminat untuk menjalinkan hubungan kerjasama dengan Agensi Nuklear Malaysia dalam pengunaan data pemantauan IMS CTBT bagi tujuan awam atau kajian saintifik. *
22) Jenis data pemantaun IMS CTBT berikut adalah sesuai dan boleh dimanfaatkan dengan bidang tugasan saya atau peranan Kementerian / jabatan / institusi tempat saya berkhidmat. Anda boleh memlilih lebih dari satu pilihan di bawah. *
Required
23)  Apakah jenis bantuan / sokongan yang diperlukan bagi membolehkan anda memanfaatkan potensi penggunaan data pemantauan IMS CTBT untuk tujuan awam atau kajian saintifik? Anda boleh memlilih lebih dari satu pilihan dibawah. *
Required
24) Apakah kekangan yang dihadapi dalam memanfaatkan potensi penggunaan data pemantauan IMS CTBT untuk tujuan awam atau kajian saintifik? Anda boleh memlilih lebih dari satu pilihan dibawah. *
Required
25) Apakah cadangan anda bagi meningkatkan lagi tahap penggunaan data pemantauan IMS CTBT di Malaysia.
MAKLUMAT LANJUT MENGENAI CTBT & DATA PEMANTAUAN IMS
Sekiranya  berminat untuk mendapatkan maklumat serta penerangan lanjut mengenai CTBT serta pelaksanaannya di Malaysia, dan juga mengenai data pemantauan IMS CTBT serta potensi aplikasinya, YBhg Dato’ / Datuk / Datin / Dr / Tuan / Puan bolehlah meninggalkan maklumat berikut di bawah:
Nama:
Email & No. Telefon:
Alamat:
A copy of your responses will be emailed to the address you provided.
Submit
Clear form
Never submit passwords through Google Forms.
reCAPTCHA
This content is neither created nor endorsed by Google. Report Abuse - Terms of Service - Privacy Policy