Standards Compliance Stewardship Programme For Enterprises (ESCAPE) MS 2634:2019 Halal Cosmetics Interpretation & Implementation Online Training, Jabatan Standard Malaysia
1. Jabatan Standard Malaysia merupakan sebuah Jabatan Kerajaan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dengan sukacitanya memaklumkan bahawa kami telah merangka program khas iaitu ESCAPE; "from awareness to compliance" bagi Halal Cosmetics berdasarkan MS 2634:2019. ESCAPE akan membimbing para peserta ke arah compliance-ready.
2. Program Halal Cosmetics ini akan melibatkan 5 fasa utama iaitu:
i) Awareness Seminar
ii) Interpretation & Implementation
iii) Documentation & System Development
iv) Internal Audit
v) Pensijilan
3. Untuk makluman Tuan/Puan, ESCAPE MS 2634:2019 Halal Cosmetics Interpretation & Implementation Online Training merupakan Sesi Latihan ESCAPE Fasa II di mana peserta akan diberi pendedahan yang lebih terperinci mengenai klausa-klausa yang terkandung dalam standard tersebut.
4. Program ini adalah terbuka kepada pengeluar dan pengilang produk kosmetik yang ingin mendapatkan pensijilan halal kosmetik terutamanya di kalangan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (MSME). Pemilihan peserta akan dilakukan.
4. Justeru, kami ingin menjemput Tuan/Puan daripada kalangan syarikat yang komited untuk mendapatkan Pensijilan Halal Cosmetics menyertai sesi latihan tersebut pada ketetapan seperti berikut:
Program: ESCAPE MS 2634:2019 Halal Cosmetics Interpretation & Implementation Online Training
Tarikh: 24-25 Ogos 2022 (Rabu-Khamis)
Masa: 8.30 pagi hingga 1.00 petang
Tempat : Secara dalam talian
5. Sila isikan maklumat dengan lengkap seperti di bawah.
Sekian, terima kasih.
Nota:
i) Borang ini adalah pra-pendaftaran bagi menyertai ESCAPE MS 2634:2019 Halal Cosmetics Interpretation & Implementation Online Training.
ii) Pemilihan peserta akan dilakukan untuk menyertai sesi latihan ini.
iii) Penyertaan adalah percuma sepenuhnya.