PERTANDINGAN RESENSI BUKU SASTERA CHINA TITIAN SASTERA 2021
SYARAT  PENYERTAAN
PERTANDINGAN RESENSI BUKU SASTERA CHINA: TITIAN SASTERA BERSEMPENA DENGAN DEKAD MEMBACA KEBANGSAAN

1. Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia.

2. Peserta mestilah berumur 13 tahun ke atas pada atau sebelum tarikh tutup penyertaan.

3. Resensi buku mestilah dalam bentuk rakaman video dan wajib menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya.

4.   Setiap individu hanya boleh menyertai satu penyertaan sahaja bagi setiap siri. Peserta dibenarkan menyertai keempat-empat siri tersebut.

5. Struktur Pertandingan

(a)   Pertandingan dilaksanakan secara individu.

(b) Peserta dikehendaki menonton rancangan berikut melalui media sosial rasmi DBP, iaitu di Facebook seperti maklumat yang berikut :

i. Sesi Siri 1: Hikayat Mimpi Rumah Agam Merah pada 17 Ogos 2021.

ii. Sesi Siri 2: Maharaja Yong Zheng pada 18 September 2021.

iii. Sesi Siri 3: Di Mana Ranting Dipatah pada 16 Oktober 2021.

iv. Sesi Siri 4: Purnama Batu Jed – Sebuah Kisah Keluarga Muslim China pada 13 November 2021

(c) Peserta mestilah merakamkan video menggunakan aplikasi yang sesuai seperti Duo, Zoom, TikTok atau lain-lain dengan kreativiti masing-masing. Sila muat naik rakaman tersebut dalam Facebook atau Instagram peribadi anda sebelum tarikh tutup seperti maklumat yang berikut.

i. Sesi Siri 1: Hikayat Mimpi Rumah Agam Merah.
ii. Sesi Siri 2: Maharaja Yong Zheng.
iii. Sesi Siri 3: Di Mana Ranting Dipatah.
iv. Sesi Siri 4: Purnama Batu Jed – Sebuah Kisah Keluarga Muslim China.

*TARIKH TUTUP PENYERTAAN: Sebelum atau 30 November 2021*                      
       
(d) Sila pastikan akaun anda adalah berstatus Awam (public) dan tidak privasi (private).

(e) Rakaman video yang dimuat naik pada acebook peribadi dan hendaklah disertakan dengan maklumat yang berikut:

i.   Nama Peserta
ii.  Siri Sesi dan Judul Buku beserta tarikh siaran
iii.  #resensi_buku_sastera_china
iv. #bahasajiwabangsa

(f) Setiap kumpulan hendaklah mengisi borang penyertaan melalui Google Form yang boleh dipaut pada capaian url berikut, iaitu linktr.ee/bkpk.

6. Tatacara Pertandingan

(a) Setiap peserta diberikan masa tiga (3) hingga lima (5) minit.

(b) Kaedah resensi buku dan rakaman video hendaklah bersesuaian dengan maksud yang ingin disampaikan mengikut kreativiti masing-masing.

(c) Pakaian peserta dalam video rakaman mestilah bersesuaian dan sopan.

8. Pemarkahan

Pembahagian markah adalah seperti yang berikut:
 
(a) Ulasan : 30 markah
(b) Sebutan: 20 markah
(c) Kreativiti: 20 markah
(d) Persembahan: 30 markah

9. Hakim

Keputusan hakim adalah muktamad.

URUS SETIA

Urus Setia Pertandingan Resensi Buku Sastera China Titian Sastera 2021,
Bahagian Pengembangan Bahasa Kebangsaan Pelbagai Kaum,
Aras 19, Menara DBP,
Jalan Dewan Bahasa,
50460 Kuala Lumpur.

Tel.: 03 – 2147 9301/ 9302/ 9306/ 9299
Faks: 03 – 2147 9018
E-mel: azimin@dbp.gov.my                                                                                         


Sign in to Google to save your progress. Learn more
Next
Clear form
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google. Report Abuse - Terms of Service - Privacy Policy