JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM PULAU PINANG “BAITI JANNATI CARE”    (PERKHIDMATAN KAUNSELING/KHIDMAT NASIHAT)
Assalamualaikum wbt

Untuk makluman tuan/puan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) melalui Unit Khidmat Nasihat, Bahagian Undang-undang Keluarga Islam dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Zakat Pulau Pinang, Masjid Daerah dan Masjid Kariah akan menyediakan Perkhidmatan Kaunseling/Khidmat Nasihat (BAITI JANNATI CARE) pada hari Sabtu dan Ahad (Minggu Kedua dan Keempat, mulai jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari) dengan janji temu (secara percuma). Sebagai permulaan, program ini akan dijalankan di masjid seperti berikut:

1. Masjid Daerah Barat Daya, Balik Pulau, Pulau Pinang
2. Masjid Ridwaniah Sungai Batu, Bayan Lepas, Pulau Pinang
3. Masjid Abdullah Fahim, Bertam, Pulau Pinang
4. Masjid Daerah Seberang Perai Tengah, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
5. Masjid Daerah Seberang Perai Selatan, Sungai Jawi, Pulau Pinang, dan
6. Masjid Jamek Al-Ihsaniah Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang
7. Masjid Daerah Seberang Perai Utara (Teluk Air Tawar), Butterworth, Pulau Pinang
8. Masjid Jamek Kampung Rawa, George Town, Pulau Pinang


Tujuan perkhidmatan ini diwujudkan adalah bagi memberi peluang kepada masyarakat setempat mendapatkan sokongan emosi dan sosial daripada pihak yang terlatih dalam berhadapan isu-isu kehidupan terutamanya berkaitan hal ehwal kekeluargaan.

Sehubungan dengan itu, tuan/puan boleh memilih tempat/lokasi yang berdekatan dengan tempat tuan/puan bermastautin bagi mendapatkan perkhidmatan ini. Pihak urus setia akan menghubungi tuan/puan bagi menetapkan tarikh dan masa temu janji berdasarkan kekosongan slot.

Segala maklumat tuan/puan akan dirahsiakan. Perkhidmatan ini akan dikendalikan oleh Kaunselor Berdaftar/Pegawai Khidmat Nasihat terlatih dengan pantauan JHEAIPP. Semoga dengan usaha ini, sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan kesejahteraan hidup tuan/puan sekeluarga.

Sekian, terima kasih.
Sign in to Google to save your progress. Learn more
Untitled title
“BAITI JANNATI CARE”(PERKHIDMATAN KAUNSELING/KHIDMAT NASIHAT TAHUN 2024)
Borang ini mengandungi dua bahagian untuk dilengkapkan iaitu:
i) Bahagaian A: Maklumat Peribadi Peserta;
ii) Bahagian B: Persetujuan Menjalani Sesi Khidmat Nasihat.

BAHAGIAN  A
Maklumat Peribadi Peserta
Nama Penuh *
Nombor Kad Pengenalan *
Alamat *
Nombor Telefon *
Pemilihan Tempat Perkhidmatan Kaunseling/Khidmat Nasihat *
Pemilihan Hari (Tertakluk kepada kekosongan/pindaan) *
E-mel
Pemilihan Kategori Jenis Aduan (Tandakan Yang Utama Sahaja) *
Lain-lain Kategori Jenis Aduan (Sila nyatakan)
BAHAGIAN B
Persetujuan Menjalani Sesi  Kaunseling/Khidmat Nasihat
Pernyataan persetujuan *
Submit
Clear form
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google. Report Abuse - Terms of Service - Privacy Policy