Saringan Kesihatan Minda (Warga USM)
Persetujuan Termaklum untuk Borang Saringan Kesihatan Minda Hospital USM

Pengenalan
Borang ini ialah saringan kesihatan minda untuk rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas. Ia mempunyai 4 bahagian. Bahagian pertama mengumpulkan maklumat demografik dan 3 bahagian selanjutnya mengumpulkan maklumat tentang perasaan, pemikiran, dan tingkah laku anda. Keseluruhan borang ini mengambil masa lebih kurang 10-15 minit.

Tujuan
Pengumpulan maklumat dalam borang ini hanya akan digunakan untuk tujuan menilai kesihatan mental anda, memberi cadangan kesihatan mental yang bersesuaian dan memanfaatkan kesejahteraan anda, dan menerbitkan data secara berkumpulan tanpa mendedahkan identiti untuk penyelidikan.

Risiko
Kadangkala, proses menjawab soalan-soalan mengenai masalah yang anda alami mungkin menimbulkan ketidakselesaan emosi. Sekiranya ini berlaku dan anda perlukan sokongan emosi segera, sila hubungi talian kaunseling kami di 09-767 1188 (8a.m. - 6 p.m. setiap hari) atau Befrienders melalui 03-7956 8145 atau Skype ID, BefKL Skype 1 atau BefKL Skype 2 (24 jam sehari), atau dapatkan perkhidmatan kesihatan mental daripada hospital terdekat anda.

Hasil dan manfaat
Dengan mengisi borang ini, anda akan lebih mengetahui keadaan kesihatan mental anda dan menerima cadangan kesihatan mental seperti petua penjagaan kesihatan mental atau cadangan untuk perkhidmatan kesihatan mental selanjutnya sama ada dalam talian, atau jika perlu, di kemudahan penjagaan kesihatan terdekat. Kami akan menghubungi dan memaklumkan perkara ini kepada anda melalui alamat e-mel atau nombor telefon yang anda berikan. Walau bagaimanapun, kami tidak bertanggungjawab sekiranya kami gagal menghubungi anda selepas 3 kali cubaan.

Kesulitan maklumat
Maklumat peribadi anda akan disimpan dalam talian secara rahsia dan hanya boleh diakses oleh pakar-pakar psikiatri dan psikologi HUSM yang bekerja di bawah Psychology First Aid (PFA), dan pelatih-pelatih di bawah penyeliaan kami.

Pertanyaan
Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui e-mel (pfa.usm2020@gmail.com) atau talian kaunseling kami (09-767 1188).

Persetujuan termaklum secara sukarela
Pengisian borang ini adalah secara sukarela. Tiada penalti akan dikenakan jika anda enggan mengisi borang ini atau mahu berhenti mengisi borang ini. Borang yang tidak lengkap tidak akan diproses oleh kami untuk tindakan selanjutnya.
Sign in to Google to save your progress. Learn more
Next
Clear form
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google. Report Abuse - Terms of Service - Privacy Policy