REAKSI TERHADAP PROKLAMASI DARURAT
Sign in to Google to save your progress. Learn more
LATAR BELAKANG:
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos 2021 merupakan langkah tepat untuk membendung penularan wabak COVID-19.

Pengisytiharan darurat juga dapat memberikan kuasa kepada kerajaan sedia ada dalam mengambil langkah lebih berkesan menangani penularan wabak COVID-19 ketika negara dilanda gelombang ketiga dengan jangkitan baharu harian mencecah lebih 3,000 kes, sebagai tindakan proaktif seiring dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Proklamasi Darurat membolehkan Ordinan dimasyhurkan di bawah Fasal (2B) Perkara 150 bagi memperuntukkan kuasa-kuasa perlu untuk mengekang dan menghalang daripada berlakunya penularan wabak COVID-19 dengan lebih serius di negara ini.

Kajian ini dilaksanakan oleh Jabatan Penerangan Malaysia bagi mendapatkan maklum balas masyarakat berkenaan "Reaksi Terhadap Proklamasi Darurat" yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 12 Januari 2021 lalu.

Tempoh Kajian: 16 hingga 18 Januari 2021


Next
Clear form
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google. Report Abuse - Terms of Service - Privacy Policy