Kesan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terhadap Penjanaan Sisa di Pulau Pinang
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di Malaysia bermula 18 Mac 2020 hingga 9 Jun 2020, sejumlah besar alat perlindungan diri yang telah dipakai (seperti pelitup muka, sarung tangan, cecair pembasmi kuman) dan pembungkus plastik lain seperti bekas makanan sekali guna dan pembalut plastik berada di merata tempat seperti di  jalan, longkang dan saluran air. Hal ini menunjukkan bahawa sepanjang wabak koronavirus (Covid-19) ini mula merebak di Malaysia, barangan plastik sekali guna telah mula kembali digunakan secara berleluasa.

Selaras dengan pelaksanaan Kempen Larangan Penggunaan Plastik Sekali Guna yang telah dilaksanakan pada April 2019 dan untuk mengatasi masalah sampah yang timbul sejak penularan wabak ini, Penang Green Council sedang menjalankan satu kaji selidik untuk memahami tingkah laku serta amalan pembelian orang awam dan amalan penggunaan barangan plastik sekali guna sebelum dan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini diadakan. Tinjauan ini juga bertujuan untuk menentukan jumlah sampah yang dihasilkan dan tahap keberkesanan pengurusannya.

Objektif:
- Untuk menyediakan data dan maklumat bagi membantu penggubal dasar dan agensi yang berkaitan untuk menangani krisis yang serupa di masa depan.
- Untuk mengetahui bagaimana PKP mempengaruhi penjanaan sisa di Pulau Pinang
- Untuk memahami tingkah laku dan amalan pembelian orang awam sebelum dan semasa perintah kawalan pergerakan (PKP) di Pulau Pinang
Sign in to Google to save your progress. Learn more
Next
Clear form
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google. Report Abuse - Terms of Service - Privacy Policy