BORANG PENDAFTARAN PENYERTAAN PERTANDINGAN SUDUT BACAAN READ@UNI 2023-2024

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
 
YBhg. Dato'/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
PERTANDINGAN SUDUT BACAAN READ@UNI UPM 2023-2024
 
 
Pertandingan Sudut Bacaan Read@Uni UPM 2023-2024 merupakan Anugerah yang akan dipertandingkan sempena Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) UPM 2024. Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua PTJ di UPM dan keputusan pertandingan ini akan diumumkan pada sambutan HKIP 2024.

Tarikh Tutup Penyertaan adalah pada 16 Oktober 2023 (Isnin)

Penjurian akan dilaksanakan pada 9-11 Julai 2024


HADIAH-HADIAH ADALAH SEPERTI BERIKUT:

RM1,000.00 Pemenang Setiap Kategori

1. Kategori 1 - Pentadbiran/Perkhidmatan
2. Kategori 2 - Fakulti
3. Kategori 3 - Institut
4. Kategori 4 - Pusat
5. Kategori 5 - Kolej


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN, KRITERIA PENILAIAN PERTANDINGAN SUDUT BACAAN READ@UNI UPM 2022

1. Terbuka kepada semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) di Universiti Putra Malaysia.

2. Sudut bacaan hendaklah mempunyai ciri-ciri yang dapat merangsang minat membaca.

3. Sudut bacaan hendaklah dibangunkan di mana-mana sudut atau ruang pejabat/kolej.

4. Pihak Penganjur tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan untuk membangunkan sudut bacaan.

5. Pusat Sumber di PTJ tidak dikategorikan sebagai sudut bacaan dalam pertandingan ini.

6. Peserta/PTJ dilarang mempamerkan bahan-bahan bacaan terlarang seperti bahan-bahan yang berunsur seks, keganasan dan menyentuh sensitiviti atau maruah mana-mana individu, kumpulan, agama atau organisasi/institusi.

Sign in to Google to save your progress. Learn more
Email *
Next
Clear form
Never submit passwords through Google Forms.
This form was created inside of Universiti Putra Malaysia. Report Abuse