Program KAMI untuk SEMUA (KUS)
πŸ€·β€β™€οΈ Tentang KUS
Program anjuran "Seek to Speak" ini bertujuan untuk memperkasa 100 pelajar perempuan berwarganegara Malaysia berumur 13 hingga 23 tahun dengan bengkel pembangunan kapasiti, kempen advokasi dan ekosistem dalam talian.

πŸ“ŒObjektif
✧ Untuk memperkasa pelajar perempuan untuk menjadi pejuang kesaksamaan
✧ Untuk melengkapkan pelajar perempuan dengan ilmu kepimpinan
✧ Untuk mendidik pelajar perempuan tentang hak mereka dan cara untuk memperkasakannya

❓ Misi
Disebabkan misoginis, penderaan dan diskriminasi yang berterusan dalam institusi pendidikan, KUS bermatlamat untuk membina pemimpin wanita yang berdaya tahan dan tegas dalam membuat perubahan. Kami ingin peserta kami berasa bebas dan yakin mewujudkan persekitaran yang kondusif di mana mereka akan berkembang maju. Kami percaya pada keterangkuman dan menjemput semua pelajar dari pelbagai latar belakang kewangan dan geografi untuk memohon!

πŸ‘©β€πŸ« Pembangunan Kapasiti: Bengkel-bengkel (Ogos 2022)

Bengkel 𝟏: Martabat & Kesaksamaan
βž” Belajar tentang hak anda dan cara melindunginya

Bengkel 𝟐: Daya Kekuatan Mental
βž” Belajar untuk mengenal pasti nilai dan harga diri untuk mengatasi sebarang cabaran

Bengkel πŸ‘: Kemahiran Berkomunikasi
βž” Belajar cara merumus dan menyampaikan pendapat anda dengan berkesan

Bengkel πŸ’: Kepimpinan & Advokasi
βž” Belajar cara untuk memimpin dan berjuang dengan berani

πŸ’ͺ Inisiatif Advokasi: Kempen-kempen KAMI (September 2022)
Selepas bengkel, peserta dikehendaki menjalankan kempen untuk berkongsi pembelajaran mereka dan meningkatkan kesedaran tentang kesaksamaan jantina. Pada akhir tempoh kempen, peserta dikehendaki melaporkan kesan kempen mereka dan 5 kempen terbaik akan diberikan RM2,000 dana geran.

🎀 Tentang Seek to Speak
Kami adalah platform atas talian yang bertujuan untuk memperkasakan ekspresi dengan mewujudkan ruang selamat untuk wanita dan belia untuk meningkatkan kemahiran komunikasi mereka, melibatkan diri dalam perbincangan dan mempromosikan kebebasan bersuara. Selaras dengan objektif kami, kami menjalankan kelab penceramah wanita, rancangan podcast berasaskan isu-isu dan komuniti wanita yang bertenaga.

Untuk mengetahui lebih lanjut, lawati kami di https://seektospeak.com/Β atau hantarkan e-mel kepada kami di helloseektospeak@gmail.com.

>> If you would like to answer this form in English, please click here >>
https://forms.gle/ws2Jj67891tBFXaFA
Sign in to Google to save your progress. Learn more
Email *
Maklumat Peribadi
Nama Penuh mengikut IC *
Nombor Telefon *
Tarikh Lahir *
MM
/
DD
/
YYYY
Negeri Kediaman *
Institusi Pendidikan *
Bagaimanakah anda mendapat tahu tentang program ini? *
Next
Clear form
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google. Report Abuse - Terms of Service - Privacy Policy