BORANG SOAL SELIDIK KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN PADA TAHUN 2024
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.

Tuan/Puan,

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah. Sehubungan dengan itu, tuan/puan telah terpilih sebagai responden dalam kajian ini. Pihak kami memohon jasa baik tuan/puan untuk mengisi borang soal selidik ini tanpa prejudis atau dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

2. Bagi makluman pihak tuan/puan, segala jawapan yang diberikan akan digunakan semata-mata untuk meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan yang sedia ada. Semua jawapan diletakkan sebagai sulit serta rahsia dan akan dimusnahkan apabila sudah tidak diperlukan lagi. Jawapan tuan/puan merupakan suatu sumbangan kepada negara Islam, khususnya dalam usaha untuk penambahbaikan sistem pentadbiran Lembaga Zakat Negeri Kedah yang sedia ada ke arah institusi zakat yang lebih cemerlang.

3. Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH (LZNK)
Sign in to Google to save your progress. Learn more
Email *
Next
Clear form
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google. Report Abuse - Terms of Service - Privacy Policy