Soal Selidik Pembangunan Kamus Kompetensi Kementerian Pendidikan Malaysia - Setiausaha Pejabat
Untuk makluman tuan/puan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang membangunkan Model Baharu Pengurusan Prestasi iaitu MyPERFORMANCE yang akan mula diguna pakai mulai tahun 2020 kepada semua skim perkhidmatan kecuali Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) bagi menggantikan sistem penilaian sedia ada, Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT).
Setiap Kementerian dipertanggungjawabkan untuk menyediakan Fungsional MyPERFORMANCE (Sasaran Kerja Utama dan Kamus Kompetensi) manakala pihak JPA akan menyediakan Generik MyPERFORMANCE (Potensi, Sumbangan dan Penglibatan, Nilai Sepunya dan Kompetensi Tingkah Laku). Cawangan Latihan dan Kompetensi, BPSM telah dipertanggungjawabkan untuk membangunkan Kamus Kompetensi mengikut skim perkhidmatan dan gred serta mengikut jawatan dan tempat bertugas di KPM.
Sehubungan itu, tuan/puan dipohon untk memilih Tahap Sasaran yang sesuai dengan Kompetensi Pegawai yang bertugas di Kementerian ini.