A. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
1.
Penyertaan terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas kecuali kakitangan
Perpustakaan Negara Malaysia. Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar
satu (1) penyertaan sahaja.
2.
Poster perlu dihasilkan mengikut format berikut:
- Menggunakan perisian/aplikasi digital yang bersesuaian
- Bersaiz 1200 pixel (lebar) x 1200 (tinggi)
- Perlu disimpan dalam format JPEG/PNG dengan saiz fail tidak melebihi 2MB
3.
Hasil rekaan dan idea poster hendaklah asli mengikut kreativiti peserta sendiri, tidak diplagiat daripada internet atau
sumber lain serta tidak pernah diterbitkan.
4.
Lukisan tangan tidak dibenarkan.
5.
Poster yang dihasilkan hendaklah tidak menyentuh isu politik dan sensitiviti rakyat Malaysia.
6.
Poster hendaklah dihasilkan mengikut tema yang ditetapkan iaitu ‘Rakyat Malaysia, Jom Membaca’ dan menggunakan
Bahasa Melayu sahaja.
7.
Hasil karya yang tidak mengikut tema dan saiz yang ditetapkan akan ditolak penyertaan dan sijil penyertaan tidak akan
diberikan.
8.
Peserta hendaklah melengkapkan borang penyertaan dengan memberikan maklumat yang lengkap dan betul. Borang
penyertaan yang tidak lengkap tidak akan diberikan sijil penyertaan.
9.
Tarikh tutup penyertaan ialah pada 7 April 2022 (Khamis)
10.
Poster yang telah siap hendaklah dihantar ke alamat e-mel
bglm@pnm.gov.my11.
Hasil karya peserta akan menjadi hak milik Perpustakaan Negara Malaysia dan Perpustakaan Negara Malaysia berhak
menggunakan poster peserta dalam mana-mana media sosial serta promosi program jabatan.
12. Setiap peserta wajib mengisi Borang Penilaian Program di pautan berikut
https://forms.gle/vqBbYQ817aBYtf63A13.
Keputusan panel hakim adalah MUKTAMAD.
Pertanyaan lanjut berkaitan pertandingan sila hubungi urus setia (Bahagian Gerakan Literasi Maklumat) di talian terus:
03-26874 2936 (Pn. Fatihah)/ 03-2687 4386 (Cik Azfaradila).