PEMBANGUNAN INDIKATOR KESEJAHTERAAN DI MALAYSIA MELALUI PERSPEKTIF KOMUNIKASI INTRAPERSONAL
Sign in to Google to save your progress. Learn more
RISALAH MAKLUMAT
PENGENALAN
Soal selidik ini bertujuan untuk membangunkankan instrumen yang boleh dipercayai untuk mengukur kesejahteraan dari perspektif komunikasi interpersonal. Kajian ini telah mendapat kelulusan etika dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM PPI / 111/8 / JEP-2020-436).
Soal selidik ini KHUSUS untuk WARGANEGARA MALAYSIA YANG BERUMUR 18 TAHUN KE ATAS SAHAJA. Kejujuran dan kerjasama anda diperlukan untuk melengkapkan soal selidik ini. Sebelum bermula, adalah penting untuk anda mengambil masa membaca dan memahami risalah maklumat kajian ini.

TUJUAN KAJIAN        
Kajian ini ingin memahami kesejahteraan lelaki dengan meneroka tingkah laku anda melalui persepsi diri terhadap petunjuk kesejahteraan.  

APAKAH PERANAN ANDA DALAM KAJIAN INI?
Anda akan diberikan satu set soal selidik dalam talian untuk diisikan. Borang soal selidik ini mengandungi 49 soalan keseluruhannya dan akan mengambil masa lebih kurang 10 hingga 15 minit untuk diselesaikan. Maklumat yang dikumpulkan dalam kajian ini hanya digunakan bagi tujuan penyelidikan sahaja.
Tidak ada maklumat pengenalan diri yang akan dikumpul. Soal selidik ini mengandungi soalan mengenai sosiodemografi anda, tahap kepuasan hidup dan persepsi diri anda terhadap petunjuk kesejahteraan.

KEBAIKAN DAN RISIKO
Penyertaan dalam kajian ini tidak akan mendedahkan anda kepada sebarang risiko atau kebaikan kerana keperluannya hanya untuk menjawab satu set soalan sahaja.    

ADAKAH ANDA PERLU MENGAMBIL BAHAGIAN?
Penyertaan dalam kajian ini adalah sukarela. Sekiranya anda bersetuju untuk mengambil bahagian, anda akan diminta untuk menekan butang "NEXT" di halaman kenyataan persetujuan untuk mengambil bahagian dalam tinjauan ini.
Sila masukkan alamat e-mel anda di dalam bahagian Kenyataan Persetujuan jika anda inginkan salinan borang persetujuan dan Risalah Maklumat ini.
Sekiranya anda bersetuju untuk mengambil bahagian, anda masih boleh menarik diri dari kajian ini pada bila-bila masa. Data anda tidak akan digunakan dan akan dibuang. Penyelidik juga boleh untuk tidak menggunakan jawapan anda dalam kajian ini.

DATA & KERAHSIAAN
Data dari kajian ini akan ditulis dalam laporan yang mungkin diterbitkan. Akses kepada data hanya dilakukan oleh pasukan penyelidik dan Jawatankuasa Etika Penyelidikan (JEP) UKM. Data akan dilaporkan secara kolektif tanpa merujuk kepada individu. Oleh itu identiti anda akan dirahsiakan

PEMBAYARAN DAN PAMPASAN
Anda tidak perlu membayar dan anda juga tidak akan dibayar untuk mengikuti kajian ini.

SIAPA YANG BOLEH SAYA TANYA MENGENAI KAJIAN INI?
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh mengajukan soalan kepada pasukan penyelidik. Anda juga boleh menghubungi JEP UKM untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

Nama ketua penyelidik:  Prof. Madya Dr. Emma Mirza Wati Mohamad
Pusat Kajian Media dan Komunikasi,
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,        
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Alamat e-mel: emmamohamad@ukm.edu.my
KENYATAAN PERSETUJUAN
Nama Penyelidik:  
i) Prof. Madya Dr. Emma Mirza Wati Mohamad
ii) Dr. Arina Anis Azlan
iii) Pn. Siti Zaiton Mohd Ajis

Saya bersetuju bahawa saya;
• telah membaca Risalah Maklumat kajian ini
• telah diberi masa untuk memikirkan tentang hak saya dan, berpuas hati dengan sebarang pertanyaan yang mungkin ada
• memahami bahawa saya bebas memilih untuk menarik diri dari kajian ini pada bila-bila masa tanpa sebab dan tanpa kesan
• memahami bahawa nama saya tidak akan dinyatakan dalam penulisan.

Saya secara sukarela bersetuju untuk menjadi sebahagian daripada kajian penyelidikan ini, mengikuti prosedur kajian, dan memberikan maklumat yang diperlukan. Semua maklumat peribadi akan dirahsiakan. Dengan menekan butang "NEXT" saya setuju untuk mengambil bahagian dalam tinjauan ini.
HANYA berikan nombor Kad Pengenalan 4 digit terakhir anda. *
Alamat E-mel (Sila masukkan alamat e-mel anda jika anda ingin mendapatkan salinan borang kenyataan persetujuan ini dan Risalah Maklumat).
Sila pilih jantina anda *
Next
Clear form
Never submit passwords through Google Forms.
This form was created inside of Universiti Kebangsaan Malaysia. Report Abuse