TATABAHASA - Pola Ayat Dasar
Nyatakan pola ayat dasar bagi ayat-ayat di bawah.
Sign in to Google to save your progress. Learn more
1.  Tugas mengisi kemerdekaan negara akan kita pikul bersama-sama. *
1 point
2. Pemilihan makanan yang tinggi vitamin dan protein amat penting kepada seseorang untuk menjamin kesihatan diri. *
1 point
3. Malaysia mempunyai hasrat untuk menjadi negara maju yang setaraf dengan negara-negara lain seperti Amerika Syarikat, Jepun dan Jerman. *
1 point
4. Pengisytiharan Kuala Lumpur sebagai kota buku dunia oleh UNESCO baru-baru ini telah meletakkannya setaraf dengan bandar raya Frankurt, Jerman. *
1 point
5. Apa-apa nasihat yang telah diberikan oleh KKM hendaklah kita patuhi bagi membendung penularan pandemik COVID-19. *
1 point
6. Aiman berasa sungguh gembira apabila menerima hadiah daripada buah hatinya sempena hari jadinya yang ke-16. *
1 point
7. Terletak di tebing sungai Maine, bandar raya Frankurt merupakan tempat terletaknya Bank Pusat Eropah, Bursa Saham Frankfurt dan pusat kewangan terbesar di benua Eropah. *
1 point
8. Kerjasama Universiti Malaya dengan sebuah syarikat farmaseutikal dari Eropah diharapkan berjaya menemukan vaksin bagi mencegah COVID-19. *
1 point
9. Persembahan kumpulan Bunkface dalam program Hiburan Minggu Ini di TV2 malam tadi sungguh menghiburkan. *
1 point
9. Persembahan kumpulan Bunkface dalam program Hiburan Minggu Ini di TV2 malam tadi sungguh menghiburkan. *
1 point
10. Kumpulan Bunkface menolak dakwaan kononnya mereka mempromosikan kebencian terhadap golongan LGBT dalam lagu terbaharu mereka, Akhir Zaman. *
1 point
11. Virus novel-Corona 2019 yang telah menjadi pandemik di seluruh dunia dari Wuhan, China. *
0 points
12. Ayam jantan Pak Kaduk yang digunakan untuk berlaga dengan ayam raja sungguh gagah. *
1 point
13. Pulau Redang di Terengganu setanding dengan pulau-pulau yang ternama di seluruh dunia dari segi keindahan alam semula jadinya. *
1 point
14. Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan oleh kerajaan memberi ruang kepada umat Islam untuk memperbanyak amalan sunat seperti solat sunat, membaca al-Quran dan berpuasa sunat. *
1 point
15. Penggunaan media sosial untuk pembelajaran mengeratkan hubungan antara pelajar dengan guru. *
1 point
Submit
Clear form
This form was created inside of Ministry Of Education Malaysia. Report Abuse