PERMOHONAN PROGRAM PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN MIKRO  (MICROCREDIT ENTREPRENEURSHIP DEVELOPMENT – MED) 2022
LATAR BELAKANG PROGRAM

Program Pembangunan Keusahawanan Mikro (Microcredit Entrepreneurship Development - MED) merupakan inisiatif kerjasama antara pihak UPM dan MTDC. Inisiatif ini memberi tumpuan kepada pembangunan keusahawanan kepada pelajar UPM meliputi pinjaman modal mikro, penambah baikan idea, pemantauan, bimbingan dan mentor.

Putra Science Park (PSP) UPM menjadi pemacu utama Program MED dengan penglibatan dan kerjasama beberapa pihak lain di UPM seperti Pejabat Bendahari UPM, Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) dan Pusat Pembangunan Keusahawan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM). Setiap pihak mengambil bahagian dalam sebaran maklumat kepada pelajar, pemilihan, pengeluaran wang kepada pelajar, pemantauan dan bimbingan bagi program ini.

OBJEKTIF PROGRAM MIKROKREDIT ;

Untuk memupuk semangat keusahawanan di kalangan mahasiswa
Untuk memberi suntikan modal bagi memulakan perniagaan sebagai perangsang semangat keusahawanan
        di kalangan pelajar
Untuk memupuk semangat juang hidup berdikari dan mengikis pemikiran bergantung hidup sebagai
        penerima bantuan zakat dan bantuan kebajikan di kalangan pelajar kurang bernasib baik
Mengadakan program berterusan untuk membina budaya keusahawanan dan membimbing pelajar
Memastikan peserta mengutamakan tanggungjawab mereka sebagai pelajar UPM walaupun mereka terlibat
        dengan program keusahawanan


Sebarang pertanyaan  boleh hubungi Sekretariat Program Pembangunan Keusahawanan Mikro (MED)
Putra Science Park Cik Aishah Hisamuddin 017-3897857/ 0397692183 / atau Puan Mazlina Ismail - mazlinaismail@upm.edu.my/ 03 - 9769 1469
Sign in to Google to save your progress. Learn more
Email *
Next
Clear form
Never submit passwords through Google Forms.
This form was created inside of Universiti Putra Malaysia. Report Abuse