BORANG PENYERTAAN SUKARELAWAN BELIA NEGERI PULAU PINANG
Salam Sejahtera dari Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC).

PYDC merupakan agensi  Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang membantu merealisasikan visi kolektif untuk membangunkan negeri Pulau Pinang sebagai masyarakat maju dan progresif melalui pembangunan belia. Ia bertujuan untuk membangunkan golongan muda secara holistik, bekerjasama untuk mengukuhkan belia dari segi sosial dan perkembangan pendidikan, untuk membolehkan belia melaksanakan pengaruh mereka, temukan suara, kedudukan mereka dalam masyarakat dan mencapai potensi penuh.

PYDC bangga untuk memimpin Pasukan Sukarelawan Belia Negeri Pulau Pinang di bawah inisiatif Kerajaan Negeri Pulau Pinang, dengan tujuan membina masyarakat yang lebih cemerlang.

Tujuan inisiatif Program Sukarelawan Belia Negeri Pulau Pinang adalah untuk :

a) Menyediakan pasukan sukarelawan dalam kalangan belia Pulau Pinang yang berkebolehan dalam memberikan perkhidmatan sukarela kepada masyarakat setempat
b) Untuk meningkatkan semangat patriotik yang tinggi dalam kalangan belia di samping membina hubungan belia dengan masyarakat.
c) Menyediakan platform khusus untuk warga belia Pulau Pinang supaya dapat mengiatkan diri dalam aktiviti kesukarelawan

Para belia yang berminat untuk menyertai pasukan ini diminta untuk menyemak dan meneliti syarat-syarat kelayakan seperti dibawah:

a) Rakyat Pulau Pinang berumur di antara 15 hingga 35 tahun
b) Menetap di Pulau Pinang
c) Boleh bekerja secara pasukan
d) Bersedia untuk menyumbang secara sukarela dan membantu individu yang lain
e) Memiliki semangat kesukarelawanan, berkomitmen, berdedikasi dan bermotivasi tinggi dan boleh berkongsi pengetahuan dan kemahiran.

PYDC ingin mengucapkan tahniah kepada anda yang bersedia untuk berkhidmat dalam Pasukan Sukarelawan Belia Negeri Pulau Pinang.

#sukarelawanbeliapulaupinang

Email *
Next
Clear form
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google. Report Abuse - Terms of Service - Privacy Policy