KAJIAN PENILAIAN PELAKSANAAN PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 1 TAHUN 1986: PERATURAN MEMBERIKAN KEBENARAN TIDAK HADIR KERJA ATAS SEBAB-MUSABAB KECEMASAN AM
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,


Tuan/Puan,

Tujuan kajian ini adalah untuk membuat penilaian berkenaan pelaksanaan dasar dan mengemaskini pekeliling sedia ada bagi memastikan peraturan-peraturan yang dikeluarkan JPA kekal relevan dengan keadaan semasa serta lebih sesuai dengan persekitaran kerja pada abad ke-21.  Oleh itu, kajian ini ingin meninjau pengetahuan dan pandangan penjawat awam terhadap Pekeliling Perkhidmatan Bil.1 Tahun 1986 (selepas ini dirujuk sebagai PP 1/ 1986) yang menerangkan tatacara peraturan, kelayakan dan kemudahan berhubung “Kebenaran Tidak Hadir Kerja Atas Sebab-Musabab Kecemasan Am”.

2.  Sebagai rujukan, pekeliling ini turut disertakan di dalam soal selidik ini di halaman berikutnya untuk pembacaan responden kajian. Soal selidik ini mengandungi sebanyak 19 soalan sahaja dan mengambil masa yang pendek untuk dijawab. Tempoh pengumpulan data bagi kajian ini adalah sehingga 20 Oktober 2021 sahaja dan boleh dicapai melalui pautan https://forms.gle/CcF6gLLcSkSCcaqD7

3.  Segala maklumat yang diberikan adalah RAHSIA dan hanya digunakan untuk tujuan kajian sahaja.

Kerjasama tuan/puan meluangkan masa menjawab soal selidik ini secara jujur dan ikhlas amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

"WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

“PENERAJU PEMBAHARUAN, PENGGERAK PERUBAHAN”

URUS SETIA KAJIAN
Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Dasar
Jabatan Perkhidmatan Awam
03-8885 3026/3028

Sign in to Google to save your progress. Learn more
Next
Clear form
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google. Report Abuse - Terms of Service - Privacy Policy