Keberkesanan Pelaksanaan KSSR (Semakan 2017) Pendidikan Muzik Bagi Modul Kemahiran Muzik Tahun Empat

Sukacita dimaklumkan bahawa saya adalah seorang pelajar di Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Saya sedang menjalankan kajian penyelidikan bertajuk Keberkesanan Pelaksanaan KSSR (Semakan 2017) Pendidikan Muzik Bagi Modul Kemahiran Muzik Tahun Empat’.

Tujuan kajian ini adalah untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Muzik tahun empat di sekolah-sekolah rendah di bawah seliaan KPM. Hasil kajian ini diharapkan dapat memberi maklumat yang berharga kepada pihak KPM, JPN dan pentadbir sekolah dalam meningkatkan lagi kualiti pelaksanaan kurikulum khususnya bagi mata pelajaran Pendidikan Muzik.

Maklumat yang diperolehi melalui tinjauan ini akan DIRAHSIAKAN sepenuhnya dan digunakan hanya untuk tujuan penyelidikan AKADEMIK sahaja. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada penyelidik melalui emel ke alamat hazlifhadiahanarosli@gmail.com. Kerjasama tuan/puan dalam melengkapkan soal selidik ini dengan penuh kejujuran akan memberi sumbangan yang besar kepada kejayaan penyelidikan ini dan didahului dengan ucapan terima kasih.

ARAHAN AM

Instrumen ini mengandungi lima (5) bahagian. Responden diminta untuk mengisi maklumat pada setiap bahagian. Jawab semua soalan.

Sign in to Google to save your progress. Learn more
Email *
Next
Clear form
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google. Report Abuse - Terms of Service - Privacy Policy