RSVP SEMPENA PROGRAM #J2FC2.0 SESI 5- Fun VOLLEYBALL : Kaasi Hangatt!
JOM FIT & FIGHT COVID-19 2.0 2021 (J2FC2.0)

SESI 5 - Fun Volleyball : Kaasi Hangatt!

TARIKH   : 20 Januari 2022 (KHAMIS)
MASA      : 8.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI
TEMPAT  : Dewan Badminton, Kompleks Gemilang


TARIKH TUTUP RSVP : 19 Januari 2022 / 2.00 PETANG


!! PERHATIAN !!

- Program ini adalah berbentuk pertandingan mini

- Terbuka kepada semua warga ( Staf dan Pelajar) UiTMCT Kampus Dungun. Bukit Besi dan K. Terengganu

- Setiap pasukan perlu mendaftar 3 orang sahaja

- Bagi Pasukan yang sudah dibentuk, pastikan supaya semua ahli pasukan mengisi borang dan nama pasukan mestilah sama

- Bagi mereka yang belum mempunyai pasukan, pihak penganjur akan memilih / membentuk pasukan secara rawak semasa hari pertandingan. SILA TULIS TIADA DIRUANGAN NAMA PASUKAN

- Setiap pasukan wajib mempunyai 3 orang lelaki  ATAU 3 orang wanita sahaja (Tidak boleh campur)

- Hadiah menarik menanti anda

- Pihak penganjur akan memaklumkan sekiranya terdapat perubahan dari masa ke semasa



PERATURAN PERMAINAN : “FUN VOLLEYBALL”

Peraturan Permainan
- 1 pasukan mempunyai 3 orang pemain sahaja di dalam gelanggang
- Pukulan Mula ‘ service ‘  hanya dengan melakukan pukulan daripada bawah sahaja
- Mematikan bola atau sentuhan ketiga hanya dengan menggunakan kepala sahaja
- Tidak dibenarkan melakukan pukulan atas ‘spike’
- Permainan akan menggunakan gelanggang badminton dan net badminton
-      Hanya maksima 16 pasukan lelaki dan 16 pasukan wanita sahaja layak bertanding

Format Pertandingan - KALAH MATI

Kiraan Mata
- 21 mata, mana-mana pasukan yang mencapai 11 mata akan berlaku penukaran gelanggang.


Pemakaian
- Peserta haruslah memakai pakaian yang bersesuaian dan mengikut sasiah rupa diri.



ANJURAN:
UNIT SUKAN
BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR
UiTM CAWANGAN TERENGGANU
NO.TEL : 09-8400 332/336

Sign in to Google to save your progress. Learn more
Next
Clear form
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google. Report Abuse - Terms of Service - Privacy Policy