KAJI SELIDIK PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) TERHADAP KAJIAN BLUEPRINT BANDAR PINTAR NEGERI KEDAH DARUL AMAN

PENGENALAN

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah (PLANMalaysia Kedah) sedang menjalankan kajian bagi menyediakan Blueprint Bandar Pintar Negeri Kedah yang akan menjadi rujukan dan panduan kepada Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), agensi - agensi negeri dan pihak-pihak berkepentingan (stakeholders) dalam merancang dan melaksanakan pembangunan Bandar Pintar yang bersistematik dan realistik mengikut kemampuan serta memfokuskan kepada kepentingan rakyat.

Penyediaan Blueprint ini adalah selaras dengan hasrat negara dalam mencapai aspirasi Negara Pintar (Smart Nation) pada tahun 2040 serta merupakan salah satu Bidang Fokus Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) iaitu "Memperkukuh agenda bandar pintar ke arah perbandaran baharu". Penyediaan  Blueprint  ini juga adalah satu pendekatan baharu di dalam pengurusan bandar bagi bandar-bandar di Negeri Kedah di dalam menangani cabaran perbandaran dan meningkatkan kualiti hidup ke arah mencapai manifestasi negeri sebagai sebuah Negeri Pintar (Smart State).

Sehubungan itu, Kaji selidik ini dijalankan adalah untuk mendapatkan padangan awal bagi perkara seperti berikut:
  1. Mengenal pasti inisiatif pintar yang belum, telah, sedang dilaksanakan atau dalam perancangan oleh PBT
  2. Melihat dari aspek penyediaan PBT dalam pelaksanaan inisiatif pintar
Kaji Selidik ini terbahagi kepada dua (2) bahagian yang terdiri daripada 85 indikator sebagaimana terkandung di dalam MS ISO 37122 : 2019 iaitu:
  • Bahagian A - Maklumat Am Responden
  • Bahagian B - Status Perancangan Bandar Pintar Mengikut Indikator Bandar Pintar
Kerjasama  YM. Dato'/YBhg. Dato' Seri/Tan Sri/Datuk/Dato'/Puan Sri/ Datin Seri/Datin/YB/Dr./Tuan/Puan adalah dipohon untuk melengkapkan semua butiran kaji selidik ini. Semua maklumat adalah sulit dan akan digunakan bagi tujuan kajian ini sahaja.


BAHAGIAN A - MAKLUMAT AM RESPONDEN :
Connectez-vous à Google pour enregistrer votre progression. En savoir plus
1. NAMA *
2. MAJLIS  *
3. JAWATAN & GRED *
5. NO. TELEFON *
6. E - MEL *
Suivant
Effacer le formulaire
N'envoyez jamais de mots de passe via Google Forms.
Ce contenu n'est ni rédigé, ni cautionné par Google. Signaler un cas d'utilisation abusive - Conditions d'utilisation - Règles de confidentialité