Pertandingan Landskap KARYA LAMAN HIJAU  Sempena Bulan Kemerdekaan MDYP 2023
PENYERTAAN ADALAH PERCUMA!!

OBJEKTIF PERTANDINGAN:
Memupuk kesedaran semua lapisan masyarakat dalam usaha untuk  mencantikkan persekitaran kediaman serta menjaga kebersihan  kawasan kejiranan mereka dengan tema BULAN KEMERDEKAAN

SYARAT PENYERTAAAN :
1. Pertandingan ini terbuka kepada semua individu penduduk dan masyarakat di kawasan pentadbiran Majlis Daerah Yong Peng

2. Tarikh tutup penyertaan adalah 1 Sep 2023 Jam 3.00 ptg  (Penyertaan selepas tarikh berkenaan tidak akan di terima)

3. Penyertaan akan dinilai oleh panel juri yang dilantik.  Keputusan panel juri adalah MUKTAMAD dan sebarang  bantahan tidak akan dilayan.

HADIAH :
PERTAMA  RM1000 dan sijil
KEDUA        RM 700 dan sijil
KETIGA       RM 500 dan sijil


*Setiap peserta akan menerima sijil penyertaan

PENILAIAN DAN PENJURIAN
Penilaian akan dilaksanakan oleh panel juri yang dilantik  pada bila-bila masa dalam minggu pertama dan kedua  bulan September 2023. Peserta hendaklah sentiasa  bersedia untuk dinilai.

SISTEM PEMARKAHAN ADALAH SEPERTI BERIKUT :
a. Rekabentuk, keunikan dan kreativiti : 30%
b. Penyelenggaraan : 20%
c. Keceriaan dan Kebersihan : 30%
d. Keberkesanan Menepati Objektif Konsep & Patriotisme : 20%
Jumlah Markah : 100%

ASPEK YANG DINILAI ADALAH SEPERTI BERIKUT :

a. Rekabentuk
Dinilai dari aspek susunan landskap/ pemilihan landskap lembut dan landskap kejur serta kreativiti secara menyeluruh.
*Nilai Tambahan : Dinilai dari aspek memelihara, mengekalkan, memulihara kesepaduan elemen dengan alam sekitar melalui penggunaan barangan kitar semula amat digalakkan sebagai nilai tambahan.

b. Penyelenggaraan
Kesuburan, perawatan, kekemasan dan  penyelenggaraan landskap.

c. Keceriaan dan Kebersihan
Aspek kebersihan persekitaran landskap secara menyeluruh untuk menghasilkan kekemasan dan kelihatan lebih ceria dalam penghasilan sentuhan harmoni, menyenangkan serta memberi inspirasi kepada penonton. 
*Nilai Tambahan : a.      Pewujudan konsep Edible Garden/Taman Herba turut menjadi nilai tambahan pemarkahan dalam konsep landskap yang ditonjolkan.

d. Keberkesanan Menepati Objektif Konsep & Patriotisme
Pencapaian objektif konsep Bulan Kemerdekaan. Menyerlahkan sambutan kemerdekaan dengan mempamerkan bendera terbesar, terpanjang, terbanyak dan sebagainya atau kreativiti melalui pengubahsuaian sebarang objek, paparan, mural, lukisan dan sebagainya yang menonjolkan semangat patriotisme dalam persekitaran landskap yang menarik.
*Nilai Tambahan : Dinilai dari aspek memelihara, mengekalkan, memulihara kesepaduan elemen dengan alam sekitar melalui penggunaan barangan kitar semula amat digalakkan sebagai nilai tambahan.


Sebarang  pertanyaan sila berhubung dengan Bahagian Landskap MDYP Pn. Nur Rabiatul / En. Zainuddin Ahmad /Pn. Hidayu di talian +607 467 1276 (sambungan 222)

Sign in to Google to save your progress. Learn more
Next
Clear form
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google. Report Abuse - Terms of Service - Privacy Policy