PERMOHONAN SEWA DEWAN, KEMUDAHAN DAN PERALATAN
Sign in to Google to save your progress. Learn more
PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT SEWAAN
PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT SEWAAN DEWAN, KEMUDAHAN DAN PERALATAN MAJLIS DAERAH PENGKALAN HULU.

Sila baca peraturan dan syarat-syarat ini dengan teliti sebelum membuat permohonan.
TEMPAHAN
PERMOHONAN

1.1.1. Pemohon disaran melakukan tempahan sekurang-kurangnya 10 hari sebelum tarikh penggunaan.

PENGESAHAN

1.2.1. Pemohon hendaklah mengesahkan tempahan 7 hari selepas tempahan dilakukan dengan menghubungi pejabat Majlis Daerah Pengkalan Hulu.
CAJ SEWA DAN WANG PERTARUHAN
CAJ SEWA

2.1.1. Caj sewa akan dikenakan berdasarkan permohonan dan akan dijumlahkan dalam satu bil sewaan.

2.1.2. Wang pertaruhan (deposit) dikenakan untuk sewaan dewan – tertakluk kepada jenis program yang dianjur dan dibilkan dalam bil yang berasingan dengan bil sewaan.

TUNTUTAN WANG PERTARUHAN

2.2.1. Wang hendaklah dituntut dalam tempoh 90 hari dari tarikh penggunaan.

SEKIRANYA WANG PERTARUHAN TIDAK DITUNTUT

2.3.1. Apabila melebihi tempoh 90 hari selepas tarikh sewaan, MAKA, pemohon dianggap secara perundangan sebagai enggan menuntut wang pertaruhan yang telah didepositkan; dan

2.3.2. Wang yang tidak atau gagal dituntut akan diperakukan sebagai hasil Majlis Daerah Pengkalan Hulu dan akan dikreditkan ke akaun hasil Majlis Daerah Pengkalan Hulu.
PEMBATALAN
MAJLIS DAERAH PENGKALAN HULU MEMPUNYAI HAK MEMBATALKAN TEMPAHAN

3.1.1. Majlis Daerah Pengkalan Hulu mempunyai hak untuk membatal tempahan apabila pemohon tidak mengesah dan/atau tidak membuat bayaran yang dikenakan; dan

3.1.2. Majlis Daerah Pengkalan Hulu mempunyai hak untuk membatal tempahan apabila berlakunya pertembungan dengan acara rasmi kerajaan pada Tarikh penggunaan.

PEMOHON BOLEH MEMBATALKAN TEMPAHAN

3.2.1. Tempahan boleh dibatal oleh pemohon dalam sehingga 7 hari sebelum tarikh penggunaan.

SEKIRANYA PEMBATALAN LEWAT

3.3.1. Sekiranya pemohon membatalkan tempahan kurang 7 hari dari tarikh peggunaan, pemohon telah melanggar syarat pada perkara 3.2.1.; dan

3.3.2. Wang pertaruhan tidak akan dikembalikan sekiranya pemohon gagal memenuhi syarat di perkara 3.3.1..
PERSIAPAN
4.1.1. Pemohon bertanggung jawab terhadap segala urusan persiapan;

4.1.2. Pemohon atau wakil dikehendaki berhubung dengan Majlis Daerah Pengkalan Hulu berkaitan waktu yang dibenarkan untuk urusan ini. (tertakluk kepada perkara 5.1.3.);

4.1.3. Masa persiapan adalah dari pukul 6:00 petang hingga 10:00 malam sehari sebelum bermulanya program; dan

4.1.4. Pemohon juga hendaklah menyusun, mengemas dan membersih semula sehari selepas program berlangsung.
LARANGAN DAN PENAFIAN
LARANGAN

5.1.1. Ditegah membawa masuk, menyimpan dan/atau menggunakan dan/atau meminum minuman keras;

5.1.2. Ditegah merokok di dalam dewan; dan

5.1.3. Tidak dibenarkan memasak di sekitar kawasan dan di dalam dewan.

PENAFIAN

5.2.1. Majlis daerah Pengkalan Hulu TIDAK BERTANGGUNG JAWAB terhadap kehilangan dan/atau apa-apa bentuk kerugian pemohon dan/atau pengguna dengan semasa tempoh penggunaan termasuk tempoh persiapan sehari sebelum dan selepas tarikh penggunaan;

5.2.2. Pemohon adalah bertanggung jawab terhadap keselamatan peralatan yang disewa; dan

5.2.3. Pemohon adalah bertanggung jawab sepenuhnya terhadap keselamatan pengunjung dan pengguna semasa dalam tempoh penggunaan.
KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERALATAN DAN BANGUNAN
6.1.1. Pemohon adalah bertangung jawab sepenuhnya terhadap kebersihan dan keselamatan peralatan dan bangunan semasa dalam tempoh sewaan;

6.1.2. Pemohon bertangung jawab memastikan segala peralatan dan bangunan yang disewa dalam keadaan bersih, selamat dan tidak rosak semasa dalam tempoh sewaan; dan

6.1.3. Wang pertaruhan tidak akan dikembalikan sekiranya perkara 6.1.1. dan 6.1.2. tidak dipatuhi.
KADAR SEWA DEWAN, KEMUDAHAN DAN PERALATAN
PENGAKUAN *
Saya mengaku segala peraturan dan syarat-syarat yang dinyatakan telah saya baca dengan teliti dan fahami dengan tepat. Saya juga amat faham bahawa sekiranya saya tidak bersetuju dengan segala peraturan dan syarat-syarat yang ditetapkan, saya tidak berhak untuk membuat permohonan ini. Dengan ini saya memperihalkan perakuan saya berkenaan segala peraturan dan syarat-syarat tersebut dengan menandakan pilihan seperti di bawah ini.
Next
Clear form
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google. Report Abuse - Terms of Service - Privacy Policy