BORANG PERMOHONAN BANTUAN KHIDMAT MASYARAKAT (OACSR) DALAM TEMPOH JANGKITAN PENYAKIT COVID-19
Bantuan Khidmat Masyarakat Orang Asli (OA CSR) merupakan platform yang menghubungkan syarikat, badan-badan korporat, NGO atau individu yang ingin menyampaikan bantuan kepada masyarakat Orang Asli menerusi Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

Sebagai usaha bagi meringankan beban masyarakat Orang Asli dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa, JAKOA amat mengalu-alukan kerjasama dalam mewujudkan perkongsian pintar bersama sektor korporat,  swasta dan badan organisasi untuk menaja barangan keperluan asas, kit kebersihan dan keperluan khas kepada masyarakat Orang Asli di Semenanjung Malaysia. JAKOA telah menyediakan Garis Panduan  Pengurusan Bantuan Kebajikan Orang Asli Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia yang boleh diakses melalui pautan:


Berikut merupakan langkah-langkah bagi permohonan untuk menyalurkan sumbangan menerusi OACSR:

1. Sila baca dan fahami Garis Panduan  Pengurusan Bantuan Kebajikan Orang Asli Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia
2. Sila lengkapkan Borang seperti di bawah.
3. Sila lampirkan surat niat dengan menggunakan e-mail rasmi atau surat rasmi organisasi (letter head)  melaui e-mail kepada covid19_aid@jakoa.gov.my dengan tajuk " PERMOHONAN BANTUAN KHIDMAT MASYARAKAT (OACSR) .......................(Nyatakan Nama Organisasi)
4. Permohonan akan diproses dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima
5. Kelulusan akan dimaklumkan menerusi e-mail
6. Agihan bantuan hanya akan dilaksanakan oleh JAKOA Negeri melaui Pejabat JAKOA Daerah tanpa kehadiran wakil pihak penyumbang. Langkah-langkah pencegahan ini wajib dilaksana demi keselamatan masyarakat Orang Asli dan pihak-pihak lain yang berkaitan
7. Pemohon diminta mengemukakan laporan akhir OACSR setelah selesai kelak (sekiranya diperlukan)


Jika terdapat sebarang pertanyaan lanjut, pihak Tuan boleh ajukan menerusi e-mail covid19_aid@jakoa.gov.my  atau menghubungi pihak kami seperti maklumat di bawah :

1. En. Kerisman Bin Hasullah : +6011 1118 1159
2. En. Rozalizam Bin Ab Rahman : +601139051829

Sign in to Google to save your progress. Learn more
Next
Clear form
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google. Report Abuse - Terms of Service - Privacy Policy