Soal selidik berkaitan Kerintangan Antimikrobial (Antimicrobial Resistance) AMR
Oleh : Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia
Sign in to Google to save your progress. Learn more
Soal selidik ini adalah sebagai salah satu platform  bagi Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVS) untuk mendapatkan  gambaran, tahap kefahaman serta kesedaran berkaitan isu Kerintangan Antimikrobial (Antimicrobial Resistance -AMR) di kalangan  pemilik haiwan kesayangan / penternak (bagi semua jenis komoditi) dan orang awam di Malaysia. Semua pihak perlu memainkan peranan dalam menangani isu AMR.                                                                    
               Handle Antimicrobial with Care .    "We Need You"      #AntiMicrobialResistance      #AMR  
1. Siapakah anda ? *
2. Di manakah lokasi tempat tinggal anda/ tempat pelihara haiwan kesayangan/ menjalankan  penternakan milik anda? *
3. Antimikrobial adalah ubat yang digunakan untuk merawat dan mencegah jangkitan pada manusia, tumbuhan dan haiwan ? Antimikrobial merangkumi : *
Required
4. Adakah anda tahu apa itu Kerintangan Antimikrobial (Antimicrobial Resistance)-AMR? *
5. Jika ya, bagaimana anda tahu mengenai AMR ?. *
Required
6. Adakah anda tahu bahawa ubat/ antimikrobial terutama antibiotik digunakan di ladang ternakan, pada haiwan kesayangan dan dalam makanan haiwan (feedmiller) ?. *
7. AMR adalah isu kesihatan sejagat (One Health). Apakah antara sektor yang terlibat dalam menangani isu AMR ?. *
Required
8. Di manakah  boleh membeli antimikrobial untuk digunakan kepada haiwan kesayangan/                         ternakan anda ? *
9. Mikrob yang telah rintang/ kebal terhadap ubat/ antimikrobial  boleh merebak kepada haiwan atau manusia lain melalui : *
Required
10. Apakah yang  berlaku sekiranya haiwan kesayangan/ ternakan saya mendapat jangkitan penyakit yang rintang/ kebal kepada ubat/ antimikrobial ? *
Required
11. Bilakah anda melakukan rawatan antimikrobial untuk haiwan kesayangan/ ternakan anda, dan bagaimana anda harus menggunakannya? *
12. Apakah maklumat kesihatan yang harus anda simpan mengenai haiwan kesayangan/ ternakan anda? *
13. Saya boleh turut bersama-sama membantu mengatasi isu AMR ini sekiranya saya : *
14. Adakah betul dan anda setuju bahawa pencegahan dan kawalan  penyakit (eg : program vaksinasi, rawatan parasit dan kecacingan mengikut jadual, penyediaan persekitaran tempat tinggal haiwan yang bersih, nutrisi makanan yang baik adalah salah satu langkah menjaga dan memastikan kesihatan haiwan sentiasa di tahap yang terbaik ?. Ini akan menyebabkan secara tidak langsung dapat mengurangkan pergantungan kepada penggunaan antibiotik kepada haiwan kesayangan/ ternakan. *
15. Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVS) melalui Lembaga Makanan Haiwan, telah bersetuju supaya senarai enam (6) antibiotik (Ceftiofur, Erythromycin, Enrofloxacin, Fosfomycin, Tetracycline, Tylosin) dilarang penggunaan di dalam makanan haiwan sebagai agen penggalak tumbesaran (agent growth promoter (AGP) dan pencegahan (prophylaxis), menuju tahun 2025 (khusus bagi haiwan penghasil makanan). Ini adalah kerana mengambilkira perkara berikut KECUALI  : *
16. Bakteria (yang mempunyai gen rintang antibiotik) dalam haiwan kesayangan/ ternakan, akan menyebabkan bakteria tersebut mengalami kerintangan antimikrobial dan boleh berpindah kepada : *
Required
17.  Adakah anda tahu dan setuju bahawa penggunaan antimikrobial terutama antibiotik pada haiwan kesayangan juga perlu dikawal bagi mengelakkan berlakunya AMR, walaupun haiwan kesayangan bukanlah tujuan utama memeliharanya adalah untuk dijadikan makanan manusia ?.                                              Ini kerana najis haiwan dan kedekatan haiwan kesayangan tersebut dengan manusia boleh menyebabkan pemindahan bakteria yang ada gen rintang antibiotik tersebut. *
18. Bakteria boleh menjadi tahan/ rintang terhadap lebih daripada satu (1) jenis antibiotik dan boleh menyebabkan berlakunya AMR dengan mengalami perubahan, mempercepatkan lagi kadar pembiakan dan penyebaran bakteria rintang melalui  satu (1) atau lebih kaedah / mekanisma perubahan (kaedah tekanan selektif, mutasi genetik, pindahan gen).                                                                        Betulkah penyataan ini? *
19. Adakah anda tahu, seorang penternak mestilah bertanggungjawab untuk mendapatkan sumber makanan haiwannya dari kilang makanan haiwan yang berdaftar dan mempraktiskan Amalan Pengilangan yang Baik (GMP) bagi mengelakkan antibiotik dimasukkan ke dalam makanan haiwan secara sesuka hati/ tidak terkawal dan tidak mengikut peraturan ?. *
20. Berikut di bawah ini adalah impak/ kesan kerintangan Antimikrobial (AMR) secara keseluruhannya KECUALI : *
21. Adakah anda tahu bahawa makanan/ produk makanan  berasaskan hasilan haiwan yang mempunyai  sisa residu/ antimikrobial akan memudaratkan kesihatan manusia ? *
22. Adakah anda tahu/ sokong bahawa Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) mempunyai Skim Pensijilan ladang iaitu myOrganic di mana ternakan dan produk hasilan ternakan dari ladang yang diiktiraf organik ini adalah bebas daripada hormon, vaksin dan antibiotik, yang kebiasaanya digunakan dalam penternakan  (terutamanya ternakan ayam) secara konvesional ? *
Captionless Image
DVS ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih  kepada anda kerana sudi meluangkan sedikit masa untuk menjawab soal selidik ini.
Submit
Clear form
This content is neither created nor endorsed by Google. Report Abuse - Terms of Service - Privacy Policy