PROGRAM VAKSINASI OKU,PENJAGA OKU & WARGA EMAS/ORANG AWAM DI PPV PANDU LALU OKU SENTRAL@PUSAT AKUATIK MBJB ARENA LARKIN
Assalamulaikum dan Salam Sejahtera.

Persatuan OKU Sentral dengan kerjasama MOSTI ,KKM dan Kerajaan Negeri Johor akan membuka Pusat Pemberian Vaksin (PPV) secara pandu lalu di Pusat Akuatik MBJB Arena Larkin  dalam masa terdekat ini. Ini adalah sebahagian usaha bagi memudahkan dan memastikan golongan rentan yang berisiko tinggi iaitu OKU dan warga emas mendapat vaksin secepat mungkin serta tidak tercicir dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Untuk makluman, PPV ini hanya dikhaskan buat individu berumur 18 tahun ke atas yang tinggal di negeri Johor sahaja. Pihak kami juga akan memberi vaksin kepada 3 orang penjaga/ahli keluarga OKU. Mohon mengisi maklumat OKU dan 3 orang penjaga/ahli keluarga/orang awam dengan lengkap.

Pendaftaran dibuka sehingga 30 Ogos 2021 jam 11.30 malam.

Pastikan anda mengisi segala maklumat dengan tepat dan betul terutamanya bahagian no kad pengenalan, no telefon dan ID Mysejahtera bagi memudahkan proses pemberian temujanji. Mohon hanya isi sekali sahaja bagi keseluruhan permohonan.

Sekian, terima kasih.

Lindung Diri, Lindungi Semua.

Sign in to Google to save your progress. Learn more
Next
Clear form
Never submit passwords through Google Forms.
This form was created inside of www.mok.com.my. Report Abuse