PERTANDINGAN SLOGAN KREATIF CUKAI TAKSIRAN MAJLIS DAERAH YONG PENG
Penyertaan akan bermula pada 14 Julai 2022 (Khamis) dan tarikh penyertaan akan tamat pada 31 Julai 2022 (Ahad) pada jam 5.00 petang. Sebarang penyertaan selepas daripada tarikh dan waktu tersebut adalah tidak dilayan.

Hadiah Pertandingan :-
Tempat Pertama : RM 800 dan sijil penyertaan
Tempat Kedua : RM 400 dan sijil penyertaan
Tempat Ketiga : RM 300 dan sijil penyertaan

Syarat dan Terma Pertandingan :-
1.  Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua penduduk Negeri Johor.
2.  Semua ciptaan mestilah asli dan tidak diceduk / ditiru / diciplak dari mana-mana slogan tempatan mahu pun dari luar negara. (panel penilai / urus setia berhak untuk menolak penyertaan sekiranya didapati tidak asli).
3.  Semua slogan yang diterima oleh Urus Setia Pertandingan (MDYP) adalah menjadi hak milik MDYP dan tidak akan dikembalikan. MDYP berhak meminda atau mengubah suai slogan yang yang terpilih bagi maksud untuk digunakan, dipamerkan ataupun dicetak dalam mana-mana acara, majlis dan bahan promosi lain yang difikirkan wajar.
4.  Tiada had penyertaan bagi pertandingan slogan cukai taksiran MDYP.

Spesifikasi Slogan
1. Setiap slogan yang dihantar hendaklah menepati tujuan kempen membayar cukai taksiran dan menimbulkan minat dan kesedaran awam untuk membayar cukai taksiran.
2. Jumlah perkataan bagi setiap slogan mestilah TIDAK MELEBIHI tujuh (7) patah perkataan.
3 Setiap slogan yang dikemukakan hendaklah disertai dengan penerangan yang jelas dan tepat.
4. Penciptaan slogan mestilah karya asli peserta (panel penilai / urus setia berhak untuk menolak penyertaan sekiranya didapati tidak asli).
5. Slogan tersebut hendaklah dibuat dalam dwi bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sahaja (slogan dalam dua bahasa ini mesti membawa maksud yang sama).
6. Setiap penyertaan hendaklah menggunakan borang yang telah disediakan dan borang tersebut boleh dibuat salinan (untuk penyertaan melebihi 1). Sila isi maklumat yang diperlukan di dalam borang tersebut. Pihak urusetia berhak menolak penyertaan yang tidak lengkap.
7. Slogan yang dicipta TIDAK boleh menyentuh isu-isu sensitif / agama / bangsa atau menggunakan perkataan kurang sopan.
Sign in to Google to save your progress. Learn more
Next
Clear form
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google. Report Abuse - Terms of Service - Privacy Policy