AKUATIK MSSPERAK eCHALLENGE 2021
#mohbersukan   #mssperakechallenge2021

SILA BACA DAN FAHAMI DENGAN JELAS MAKLUMAT DI BAWAH SEBELUM MENYERTAI CABARAN INI.
Sign in to Google to save your progress. Learn more
PERATURAN PERTANDINGAN AKUATIK MSSPk eCHALLENGE 2021
1. NAMA PERTANDINGAN
AKUATIK MSSPk Echallenge 2021 (DRYLAND EXERCISES)

2. KATEGORI
2.1     Kategori 12 tahun ke bawah (L) (P) : Murid Tahun 4, 5 dan 6          

2.2     Kategori 15 tahun ke bawah (L) (P): Murid Tingkatan 1 hingga 3           

2.3     Kategori 18 tahun ke bawah (L) (P): Murid Tingkatan 4 hingga 5

3. PENDAFTARAN PEMAIN
3.1     Pertandingan dijalankan secara individu      

3.2     Setiap peserta hanya boleh menghantar satu penyertaan terbaik sahaja namun tiada had maksima diberikan kepada sekolah untuk menghantar peserta

3.3     Setiap peserta mesti mendaftar dalam Borang Maklumat Pendaftaran Peserta yang  disediakan (google form)

3.4     Peserta perlu memuat naik video di dalam facebook atau youtube channel peserta dengan menulis #mohbersukan dan #mssperakechallenge2021.

3.5     Contoh title pada Video: (Nama murid) Akuatik MSSPk Dryland Exercise #mohbersukan #msspkechalengge2021

3.6     Link video perlu diisi di dalam Google Form pendaftaran peserta.

3.7     Peserta juga diminta membuat penilaian kendiri Video dalam google form

4. FORMAT PERTANDINGAN
4.1     Pertandingan yang dijalankan terbahagi kepada 2 peringkat.
          i.     Peringkat daerah (mengikut PPD)
          ii.    Peringkat negeri Perak
   
4.2     Atlet murid perlu melakukan dryland exercises yang dipertandingkan mengikut masa   dan urutan aktiviti seperti berikut
          i.     Perkenalkan diri (nama, sekolah, daerah dan negeri) (30 saat)
          ii.    Half squat (1 minit) + (30 saat rehat)
          iii.   Diver push-ups (1 minit) + (30 saat rehat)
          iv.   Leg raises (1 minit) + (30 saat rehat)
          v.    Sit-ups (1 minit) + (30 saat rehat)
          vi.   Burpees (1 minit)
                          * jumlah masa keseluruhan video merangkumi perkenal diri + 5 aktiviti X 1 minit + 4 masa rehat X 30 saat
                          * Anggaran durasi video adalah 8-9 minit

4.3     Atlet murid perlu menggunakan stopwatch/ timer bagi menentukan masa 1 minit bagi setiap lakuan aktiviti dryland exercise dan masa rehat 30 saat.

4.4     Rakaman video boleh dilakukan di kawasan rumah atau kawasan yang bersesuaian dengan mematuhi SOP semasa dan perlu asli tanpa kesan suntingan

4.5     Penggunaan muzik iringan (Audio) digalakkan semasa aksi rakaman.

4.6     Semasa sesi Rakaman video hendaklah mematuhi perkara tersebut:
          i.     Kamera video mesti diletakkan di satu tempat tetap dan tidak boleh digerakkan sepanjang rakaman.
          ii.    Pastikan dryland exercises dapat dilihat oleh juri dari bahagian sisi agar dapat ditentukan tahap lakuannya.
          iii.   Video rakaman perlu dimuat naik ke akuan facebook atau youtube dan perlu di letakkan #mohbersukan #msspkechalengge2021
          iv.   Contoh title pada Video: (Nama murid) Akuatik MSSPk Dryland Exercise #mohbersukan #msspkechalengge2021

4.7     Contoh video boleh rujuk pada pautan yang diberikan.
5.     AKTIVITI 1 :  Half squat (1 minit) + (30 saat rehat)
5.1     Berdiri tegak dengan kaki dibuka selebar bahu.  

5.2     Luruskan tangan ke hadapan.

5.3     Turunkan badan dengan bengkokkan lutut sehingga dalam kedudukan 90°.  Lutut yang dibengkokkan tidak melepasi jari kaki.

5.4     Kembali berdiri tegak seperti kedudukan asal.

5.5     Lakukan aktiviti ini secara berulang dalam masa 1 minit.
6. AKTIVITI 2 : Diver push-ups (1 minit) + (30 saat rehat)
6.1     Letakkan tangan dan kaki atas lantai. Jarakkan. Tolak pinggul naik untuk menjadi bentuk V terbalik.  

6.2     Kedudukan badan melintang (horizontal) dengan tangan dan kaki lurus.  Jari kaki atas lantai.

6.3     Kaki kekal lurus dan tangan sedikit membengkok ketika menurunkan pinggul dan badan bergerak ke hadapan supaya dada menghampiri lantai.

6.4     Naikkan badan dengan menggunakan tangan.  

6.5     Lutut dan peha tidak boleh mencecah lantai apabila menaikkan badan balik ke kedudukan V terbalik.

6.6     Lakukan aktiviti ini secara berulang dalam masa 1 minit.
7.     AKTIVITI 3 : Leg raises (1 minit) + (30 saat rehat)
7.1     Baring dengan kedua-dua belah tangan pada sisi badan dengan tapak tangan ke bawah.  Tapak kaki rapat.

7.2     Naikkan kaki sehingga 90˚ dengan badan.

7.3     Turunkan kaki ke kedudukan asal.

7.4     Lakukan aktiviti ini secara berulang dalam masa 1 minit.
8.     AKTIVITI 4 : Sit-ups (1 minit) + (30 saat rehat)
8.1     Baring di atas permukaan rata dengan lutut dibengkokkan 90˚.  Seluruh tapak kaki hendaklah memijak lantai.  

8.2     Tangan bersilang di dada dan memegang bahu.

8.3     Bangkit dengan bahagian belakang badan dari bahagian bahu hingga bahagian pinggang diangkat dari lantai serta siku - menyentuh peha.

8.4     Baring semula ke lantai seperti kedudukan asal sehingga bahagian atas belakang mencecah lantai.

8.5     Lakukan aktiviti ini secara berulang dalam masa 1 minit.

9.     AKTIVITI 5 : Burpees (1 minit)
9.1     Berdiri tegak sambil kaki dibuka selebar bahu.

9.2     Cangkung dengan lutut dibengkokkan sepenuhnya sambil tapak tangan menyentuh lantai.

9.3     Tolak kedua-dua kaki serentak melunjur lurus ke belakang.

9.4     Tarik semula kedua-dua lutut ke hadapan serentak dalam keadaan cangkung.

9.5     Berdiri semula dengan melonjak naik dan hayunkan tangan ke atas melepasi kepala.  

9.6     Lakukan aktiviti ini secara berulang dalam masa 1 minit.

10.     TEMPOH MASA
10.1     Jumlah masa keseluruhan video merangkumi sesi perkenal diri (30 saat) + 5 aktiviti X 1 minit + 4 masa rehat (30 saat) selang  antara setiap aktiviti

10.2     Anggaran durasi video adalah 8-9 minit
PAKAIAN DAN PERALATAN
1. PAKAIAN :
Peserta diwajibkan memakai pakaian sukan yang bersesuaian, lengkap dan selamat. Pemakaian pakaian yang beridentitikan sekolah amat digalakkan.  

2. PERALATAN :
- Jam randik atau aplikasi stopwatch

VIDEO DEMONSTRASI UNTUK RAKAMAN PERTANDINGAN
Next
Clear form
Never submit passwords through Google Forms.
This form was created inside of Ministry Of Education Malaysia. Report Abuse