MAKLUMAT JTMP UNIVERSITI AWAM (UA) MALAYSIA 2020-2022
Maklumat ini dikumpulkan bagi mewujudkan satu database LENGKAP bagi tujuan rujukan. Setiap JTMP UA akan mendapat hebahan mengenai Perkembangan SKIM perkhdimatan & rerjaya, program-program profesion yang berkaitan, setiap maklumat khusus dan maklumat aktiviti bersangkutan serta lain-lain perkara.

Universiti Awam (UA) merangkumi 20 universiti awam Malaysia & JTMP/MLT merujuk kepada Juruteknologi Makmal Perubatan U29-U40.

Satu platform alam maya (whatsapp & telegram khusus JTMP UA) akan dibangunkan bagi membantu perkongsian maklumat yang diusulkan/diketengahkan/dicadangkan untuk perkembangan kerjaya JTMP UA. Perbincangan Ilmiah, perkongsian bersama akan diterapkan bagi membantu perkembangan profession terus berdaya saing dan saling membantu diantara JTMP UA seluruh Malaysia.

Dengan mengisi maklumat seterusnya, tuan/puan/cik adalah bersetuju untuk menerima hebahan melalui whatapp, telegram dan email untuk sebarang maklumat aktiviti dan program yang dirasakan bersesuaian dengan profession JTMP UA. TIADA PAKSAAN DALAM MENGISI MAKLUMAT DAN PIHAK ADMIN TIADA NIAT LAIN SELAIN DARI TUJUAN PENYATA DIATAS.

Pihak Admin memohon agar hebahan link ini dapat disampaikan kepada semua JTMP UA dan memohon semua pihak memberikan kerjasama untuk mengisi segala maklumat diperlukan bagi melengkapkan visi dan misi JTMP UA.

Unsung Hero: Medical Laboratory Technologist (MLT)
MLT (Medical Laboratory Technologist) atau JTMP (Juruteknologi Makmal Perubatan) Universiti Awam (UA) bekerja dalam makmal patologi, makmal klinikal,  makmal kajian, pusat kesihatan & lain-lain bahagian klinikal dan kajian yang memerlukan ujian diagnostik. Di UA, JTMP menjalankan pelbagai analisis, prosedur dan kajian mengikut keperluan UA masing-masing. Tugas mereka ialah membantu Profesor, pakar perubatan, pegawai perubatan & ketua penyelidik yang menentukan penyebab penyakit, kajian menyeluruh dan memberi rawatan yang tepat. Mereka juga bekerjasama dengan ahli sains dalam projek penyelidikan yang berimpak tinggi. JTMP UA adalah mereka yang berkerja dibawah lantikan Universiti Awam Malaysia merangkumi Hospital Pengajar, Fakulti dan Pusat Kesihatan. JTMP menggunakan Skim Perkhidmatan U29-U40 dengan keahlian seluruh Malaysia sebanyak lebih 3000 orang.
Sign in to Google to save your progress. Learn more
Email *
Next
Clear form
Never submit passwords through Google Forms.
This form was created inside of Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM. Report Abuse