Arahan: Sila nyatakan pola ayat dasar bagi setiap ayat di bawah.
Nota:Pola Ayat Dasar dalam Bahasa Melayu dapat dipecahkan kepada 4 pola (berdasarkan predikat ayat), iaitu :(i) Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN) cth:Cikgu Faridah guru Bahasa Melayu kelas kami. (ii) Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK) cth: Kami sedang belajar Bahasa Melayu bersama cikgu Faridah. (iii)Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA) cth: Cikgu Faridah seorang yang baik hati. (iv) Frasa Nama + Frasa Sendi Nama ( FN + FS) cth: Cikgu Faridah guru di SMK Taman Universiti 2.