TEMPAHAN: BILIK ALUMNI
KAPISITI RUANG : 40 ORANG (MEJA BULAT)

SILA BACA DENGAN TELITI SEBELUM TEMPAHAN DILAKUKAN:
  • Semua urusan permohonan hendaklah dibuat dalam waktu pejabat sahaja. 
            Isnin – Khamis  :  8.30 pagi - 1.00 tengahari 
                                            2.00 petang - 4.30 petang 
           Jumaat                 : 8.30 pagi - 12.15 tengahari  
                                            3.00 - 4.30 petang
  • Tempahan perlu dilakukan 5 HARI sebelum tarikh penggunaan.
  • Semak tempahan DISINI sebelum membuat tempahan.
  • KERTAS KERJA PROGRAM dan SURAT KELULUSAN perlu diemelkan ke alamat emel normukminah@usim.edu.my untuk kelulusan tempahan. 
  • Status tempahan DILULUSKAN atau TIDAK DILULUSKAN akan dipaparkan melalui Calendar dalam masa 3 hari bekerja selepas tempahan dilakukan.
SYARAT-SYARAT PENGGUNAAN RUANG 
Tanggungjawab Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) : 
  1. FPBU berhak membatalkan tempahan yang tidak mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan dan sekiranya terdapat penganjuran acara yang lebih utama anjuran FPBU. 
  2. FPBU berhak mengenakan caj tambahan bayaran kerja lebih masa staf yang bertugas dan bayaran perkhidmatan pembersihan dewan / bilik mesyuarat / bilik seminar dan sebagainya pada hari sabtu dan ahad. 
  3. FPBU akan menempatkan seorang pegawai teknikal untuk bertanggunjawab ke atas penggunaan  dan penyeliaan peralatan teknikal milik FPBU sahaja sepanjang tempoh penggunaan. 
  4. FPBU berhak untuk mengambil gambar atau membuat rakaman audio visual yang bertujuan untuk simpanan/dokumentasi. 
  5. Pihak FPBU tidak akan bertanggungjawab terhadap keselamatan, kecederaan, kemalangan atau kehilangan yang berlaku semasa pengguna berada di kemudahan FPBU.
  6. FPBU tidak menyediakan tenaga pekerja bagi membantu persiapan pihak pemohon.
 Tanggungjawab Pemohon : 
  1.  Pemohon bertanggungjawab memastikan penggunaan kemudahan dengan sebaik-baiknya. Pemohon boleh dipertanggungjawabkan / dikehendaki membayar kos pembaikan / gantirugi harga asal terhadap kecacatan / kerosakan / kehilangan ke atas dewan, ruang dan peralatan yang disewa / digunakan.
  2. Pemohon tidak dibenarkan mengubah, menambah atau mengurangkan sebarang peralatan teknikal sedia ada di ruang yang disewa. Sebarang penambahan perlulah mendapat kelulusan bertulis FPBU.
  3.  Peralatan yang dipohon tidak dibenarkan dibawa ke luar dari FPBU. Sekiranya pihak FPBU mendapati pemohon membawa keluar peralatan yang dipinjam, pihak pemohon boleh disenaraihitamkan dan dikehendaki membayar gantirugi harga asal peralatan tersebut.
  4.  Pemohon dipertanggungjawabkan sepenuhnya mengenai kebersihan dan keselamatan dewan, ruang, peralatan yang disewa / digunakan serta mana-mana pihak yang berada di dalam dewan dan ruang.
  5.  Pemohon hendaklan memastikan kebersihan diutamakan dan tidak membuang sisa makanan / sampah sarap / apa jua bahan ke dalam longkang
  6.  Pemohon hendaklah memastikan pembekal makanan / penyaji makanan menyediakan bekas khas untuk mengumpul pinggan mangkuk dan sisa makanan serta membawa keluar sisa makanan dan sampah sarap dari kawasan universiti.
  7.  Pemohon boleh dipanggil semula untuk membersihkan tempat sekiranya membiarkan / meninggalkan sampah sarap / sisa makanan di kawasan berkenaan. Sekiranya gagal, FPBU berhak menyenaraihitamkan pemohon di masa akan datang.
  8.  Pemohon tidak dibenarkan membuat sebarang penampalan / penggantungan notis / sepanduk menggunakan apa jua bentuk bahan pelekat ke dinding / tiang / ruang dewan / bilik mesyuarat / bilik seminar dan sebagainya.
  9.  Pemohon hendaklah memastikan dewan, ruang dan peralatan yang digunakan berada di dalam keadaan elok dan bersih setelah selesai penggunaan.
  10.  Pemohon dikehendaki mengeluarkan segala peralatan persendirian, termasuk props, set dan semua barang-barang persendirian kepunyaan pemohon daripada ruang yang disewa selepas tamat tempoh penggunaan. 
SYARAT - SYARAT AM
  1.  Semua kawasan dalam FPBU adalah kawasan larangan merokok.
  2.  Aktiviti berbaur poilitik adalah tidak dibenarkan.
  3.  Sebarang makanan yang tidak halal / minuman beralkohol / mengkhayalkan / memudaratkan tidak dibenarkan.
  4.  Sebarang aktiviti memasak adalah tidak dibenarkan di dalam dewan / bilik mesyuarat / bilik seminar dan sebagainya.
  5.  Sebarang aktiviti jualan  adalah tidak dibenarkan di dalam dewan / bilik mesyuarat / bilik seminar dan sebagainya.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Penyelaras Ruang & Fasiliti Bangunan FPBU : 

PN. NOR MUKMINAH HAMZAH 
06-7985036
Email:  normukminah@usim.edu.my   / pejabat.fpbu.usim@gmail.com 
Sign in to Google to save your progress. Learn more
*
Required
Next
Clear form
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google. - Terms of Service - Privacy Policy

Does this form look suspicious? Report