BORANG SOAL SELIDIK AUTISME
Sila isi borang soal selidik ini SEBELUM anda mula menjalankan aktiviti dalam program MyIS-PDK.

Tarikh untuk melengkapkan borang soal selidik ini: 17 Ogos 2022.

Sign in to Google to save your progress. Learn more
Email *
Nama *
Telefon *
PDK *
Borang soal selidik ini ialah tentang pengetahuan anda tentang 'Autisme'. Anda boleh pilih "Ya", "Tidak" atau "Tak Pasti" untuk mewakili betapa anda bersetuju dengan pernyataan di bawah. Tidak ada soalan yang betul atau salah. Borang soal selidik ini semata-mata untuk meninjau pendapat dan pengetahuan anda terhadap autisme. Respon anda tidak akan diambil kira dalam pemarkahan kursus. Sila jawab secara jujur.  *
Ya
Tidak
Tidak Pasti
1. Saya mempunyai pengetahuan tentang autisme.
2. Sesetengah kanak-kanak autisme mungkin kehilangan pertuturan yang diperolehi.
3. Kanak-kanak autisme mungkin mempunyai reaksi pelik terhadap cara bau, rasa, rupa, rasa atau bunyi sesuatu.
4. Ramai kanak-kanak autisme menghadapi masalah untuk memahami ekspresi muka.
5. Kini ada rawatan yang boleh menyembuhkan autisme.
6. Adalah penting bahawa semua kanak-kanak yang didiagnosis dengan autisme menerima perkhidmatan pendidikan khas atau inklusif di sekolah.
7. Sesetengah kanak-kanak autisme tidak bercakap.
8. Ubat boleh mengurangkan gejala utama autisme.
9. Pada masa ini tiada ubat untuk autisme.
10. Autisme kebanyakannya berlaku dalam keluarga berpendapatan sederhana.
11. Autisme boleh dicegah.
12. Ramai kanak-kanak autisme menghadapi masalah menerima bunyi yang kuat atau jenis sentuhan tertentu.
13. Autisme lebih kerap didiagnosis pada lelaki berbanding wanita.
14. Kanak-kanak autisme boleh membesar untuk hidup berdikari.
15. Semua kanak-kanak autisme biasanya mempunyai masalah agresif.
16. Autisme boleh dialami oleh semua kaum dan etnik.
17. Kanak-kanak autisme memerlukan bantuan tambahan untuk belajar.
18. Tiada kanak-kanak autisme yang berusia terlalu tua untuk mendapat manfaat daripada rawatan.
19. Intervensi autisme lebih berkesan kalau bermula awal.
20. Kanak-kanak autisme tidak suka kehadiran orang lain.
21. Kebanyakan kanak-kanak autisme juga kurang upaya dari segi intelek.
22. Ramai kanak-kanak autisme menunjukkan keperluan untuk rutin dan kesamaan.
23. Vaksinasi menyebabkan autisme.
24. Kebanyakan kanak-kanak autisme mempunyak ketidakupayaan tahap teruk dan tidak boleh hidup berdikari sebagai orang dewasa.
25. Kebanyakan kanak-kanak autisme mungkin tidak melihat ke arah sesuatu benda apabila anda menunjuk ke arah benda tersebut.
26. Sesetengah kanak-kanak autisme menunjukkan minat yang tinggi terhadap bahagian objek tententu.
27. Autisme adalah akibat daripada kutukan atau sihir yang dikenakan kepada keluarga.
28. Ramai kanak-kanak autisme berulang kali memutar objek atau mengepakkan tangan mereka.
29. Autisme ialah istilah yang merujuk kepada gangguan komunikasi.
30. Autisme lebih kerap berlaku dalam kalangan mereka yang bersosioekonomi dan tahap pendidikan yang lebih tinggi.
31. Autisme adalah gangguan perkembangan.
32. Rawatan tingkah laku seperti terapi bahasa dan pertuturan dan terapi carakerja adalah intervensi berkesan untuk kanak-kanak autisme.
33. Intervensi awal boleh membawa kepada perubahan yang ketara dalam kanak-kanak autisme yang mempunyai masalah sosial dan komunikasi.
34. Autisme boleh didiagnosis seawal 18 bulan.
35. Ramai kanak-kanak autisme mempunyai masalah agresif atau hiperaktif.
36. Kanak-kanak autisme tidak boleh mempelajari sebarang kemahiran sosial.
37. Kanak-kanak autisme kerap terlalu fokus pada satu perkara.
38. Ramai kanak-kanak autisme menghadapi kesukaran menggunakan bahasa untuk menyampaikan maksud dan keperluan mereka.
39. Intervensi awal tidak menunjukkan manfaat tambahan kepada kanak-kanak autisme.
40. Pada masa ini tiada ujian perubatan untuk mendiagnosis autisme.
41. Pengalaman traumatik pada awal kehidupan boleh menyebabkan autisme.
42. Bilangan kes autisme yang didiagnosis telah meningkat sejak 10 tahun yang lalu.
43. Sungguhpun tanpa rawatan yang sewajarnya, kebanyakan kanak-kanak autisme masih boleh mengatasi gangguan tersebut.
44. Autisme adalah sesuatu yang sangat jarang berlaku.
45. Autisme adalah masalah luar kawalan manusia.
46. Autisme adalah gangguan otak.
47. Punca autisme masih belum diketahui secara pasti.
48. Ramai kanak-kanak autisme berasa terganggu jika rutin mereka diubah.
49. Autisme disebabkan oleh sikap dingin, menolak ibu bapa.
Submit
Clear form
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google. Report Abuse - Terms of Service - Privacy Policy