ANGGARAN KESAN WABAK COVID-19 TERHADAP KESIHATAN MENTAL
Soal selidik berikut adalah inisiatif kolaborasi dengan Universiti Aristoteles Thessaloniki, Yunani dan Persatuan Psikiatri Dunia dan mereka menilai pelbagai aspek fungsi mental umum, keperluan dan tingkah laku yang boleh berlaku di kalangan pelajar kolej dan universiti semasa COVID- 19 wabak, perkara berkaitan wabak itu sendiri, atau langkah-langkah yang diambil untuk mengendalikannya.

Penyertaan dalam kajian ini tidak memerlukan pendaftaran data peribadi agar kami dapat memastikan bahawa jawapan anda adalah sebolehnya ikhlas dan tidak terbatas.

Dengan menyertai kajian ini anda menyumbang kepada penambahan pengetahuan tentang kesihatan mental terutamanya dalam tempoh krisis, bencana dan ancaman besar-besaran. Satu kelebihan apabila anda menyertai kajian ini ialah anda akan menjawab secara sistematik soalan berkenaan diri anda di mana dapat meningkatkan tahap kesedaran diri sendiri. Namun begitu dimaklumkan tiada keputusan atau sebarang penilaian akan diberikan kepada anda akhirnya.

Soalselidik ini panjang dan anda berkemungkinan merasakan ia meletihkan, namun begitu rekod terperinci mengenai pelbagai aspek masalah adalah satu-satunya cara untuk menjawab isu kesihatan mental yang mungkin boleh menjadi signifikan pada masa terdekat.

Tiada sebarang risiko penyertaan anda dalam kajian ini. Namun begitu ia memerlukan masa yang lebih lama berbanding soal selidik biasa kerana terdapat banyak soalan yang merangkumi beberapa aspek tingkah laku manusia yang berbeza tetapi sama pentingnya.

Kesemua data anda yang kami perolehi dalam soal selidik ini adalah tanpa nama dan kerahsiaan terpelihara dalam segala segi. Untuk analisis saintifik, data akan diproses tanpa nama anda ( yang tidak perlu anda berikan dalam setiap peringkat kajian). Dokumen yang akan diedarkan adalah terhad hanya kepada anggota kumpulan kajian ini dan hanya mereka yang dibenarkan untuk memeriksanya.Tanggungjawab kami adalah untuk memelihara privasi anda.

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau kemusykilan sekarang atau akan datang tentang penyertaan anda dalam kajian ini, perjalanan kajian, risiko atau hak anda, sila hubungi Profesor Fountoulakis Konstantinos melalui emel kepada fountoul@auth.gr (Jabatan Psikiatri Ketiga, Hospital Universiti AHEPA, Universiti Aristotle, Thessaloniki, Greece).

Penyelidik Malaysia:
Prof Madya Dr Salmi Razali (UiTM)
Prof Madya Dr Azlin Baharudin (UKM)
Prof Madya Dr Nora Mat Zin (UIA)
Prof Madya Dr Asrenee Ab Razak (USM)
Prof Dr Normala Ibrahim (UPM)

Sign in to Google to save your progress. Learn more
Next
Clear form
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google. Report Abuse - Terms of Service - Privacy Policy