Pelajaran Akhlak: Adab Berkomunikasi
Assalamualaikum. Berikut adalah Pelajaran Kelima bagi subjek Akhlak Tahun 4 mengikut sukatan pelajaran agama Islam di sekolah rendah agama Negeri Selangor. Bahan ini disediakan khusus bagi mencapai tujuan pengukuhan para pelajar sepanjang fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan. Semoga penyediaan bahan ilmiah ini dapat memperkemas pengetahuan pelajar dalam membuat ulangkaji pelajaran di luar kelas.

Sebelum anda membaca, memahami dan menjawab soalan-soalan yang disediakan, anda disarankan agar membaca terlebih dahulu buku teks Akhlak Tahun 4 sukatan JAIS, bertajuk, "Adab Berkomunikasi" (m/s: 24-31). Takrifan (pengertian) komunikasi merujuk kepada bentuk pergaulan yang umum, maka soalan-soalan yang akan dikemukakan merangkumi seluruh aktiviti sosial yang berlaku dalam komunikasi manusia, seperti:
1- Adab pergaulan dengan jiran (bermasyarakat)
2- Adab bermesyuarat (bermuzakarah/ berbincang)
3- Adab berhujjah (berdebat)
4- Adab bertanya; dan
5- Syarhul Kalam (banyak bercakap)

Justeru, anda juga dikehendaki untuk membaca topik-topik tersebut di dalam Buku Nota Padat UPKK.

Modul latihan interaktif ini turut menyediakan beberapa ringkasan pelajaran berbentuk infografik berdasarkan topik "Adab Komunikasi". Terdapat 4 sub-topik yang mengandungi:- (1). Pengenalan, (2). Adab Sebelum dan Ketika Berkomunikasi, (3). Fadhilat Mengamalkan Adab Berkomunikasi, dan; (4). Akibat Tidak Mengamalkan Adab Berkomunikasi. Jumlah keseluruhannya ialah 60 markah di mana setiap sub topik mengandungi 15 soalan. Skema jawapan yang betul dan menyeluruh akan dikemukakan sejurus sahaja soalan-soalan tersebut dapat diselesaikan dengan sempurna oleh pelajar.

Anda juga dikehendaki untuk mengisi maklumat peribadi bagi memudahkan proses penilaian tahap penguasaan pelajar yang mendapat bimbingan saya khususnya di sekolah SRAS24, Shah Alam. Segala ulasan, komentar dan informasi-informasi tambahan berkaitan dengan pelajaran akan saya berikan dengan syarat pihak pelajar memberikan emel serta maklumat-maklumat yang dikehendaki dengan betul.

Objektif Latihan: Ringkasan nota, saya sediakan dalam tulisan jawi supaya para pelajar dapat berasimilasi dengan istilah-istilah yang terdapat dalam pelajaran Akhlak Islamiyah. Manakala soalan-soalan pula saya sediakan dalam tulisan rumi supaya penyertaan pelajar dapat berkembang, tidak hanya melibatkan individu-individu tertentu yang menguasai tulisan jawi sahaja. Selamat Menjawab.

“Orang Mukmin yang paling sempurna imannya, ialah yang paling baik akhlaknya....” (Riwayat Imam Ahmad)

"Guru Adalah Pendakwah"

Sekian, Terima Kasih.

Disediakan oleh;
Ust Mohd Azmir Maideen, Guru Kelas 4 Ikhlas SRAS24, Shah Alam
B.A (Al-Azhar, Usuluddin, Dakwah wa Thaqafah Islamiyah)
M.A (UKM, Dakwah dan Kepimpinan)
Calon PhD (UPSI, Pendidikan Moral)
 
Sign in to Google to save your progress. Learn more
Nama Pelajar *
Nyatakan nama penuh anda. Sila tulis huruf besar pada perkataan pertama, contoh: Muhammad Ahmad bin Abdullah
Nama / Alamat Sekolah *
Kriteria Pelajar *
Required
Emel Pelajar (Optional)
Sekiranya anda ingin mendapatkan bahan-bahan e-pendidikan (e-learning) lain, sila nyatakan emel anda di bawah. Jika ada sebarang pertanyaan, pembetulan, nasihat atau teguran yang ingin anda diajukan, anda boleh mengemukakannya ke alamat emel: ustazmir@gmail.com
Next
Clear form
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google. Report Abuse - Terms of Service - Privacy Policy