BORANG PENDAFTARAN CABARAN LOMPAT TALI MAYA #KeluargaMalaysia
OBJEKTIF PERTANDINGAN

1. Meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan sekeluarga melalui sukan lompat tali.
2. Mengurangkan tekanan dalam keluarga dengan penglibatan secara berkumpulan.
3. Mencipta peluang baharu dalam kejohanan secara dalam talian dalam suasana pandemik.

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
1. Terbuka kepada warganegara Malaysia dan penyertaan adalah percuma.
2. Peserta perlu mengikuti media sosial Persekutuan Lompat Tali Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka.
3. Kategori pertandingan adalah seperti yang berikut:
        3.1 Kepantasan Individu - 2 Minit
               (Acara Single Rope)
        3.2 Kepantasan Berkumpulan - 2 Minit
               (Acara Long Rope)
4. Penyertaan pertandingan adalah secara individu atau berkumpulan.
5. Penyertaan pertandingan bagi kategori Kepantasan Individu adalah terbuka kepada lelaki dan perempuan yang berumur 18 tahun ke atas.
6. Penyertaan pertandingan bagi kategori Kepantasan Berkumpulan terdiri daripada 3 orang peserta dan terbuka kepada lelaki dan perempuan, atau campuran lelaki dan perempuan. Pelompat yang melompat boleh terdiri dari seorang sahaja atau bergilir-gilir diantara peserta yang lain. Salah seorang peserta perlu berumur 18 tahun ke atas bagi melayakkan pendaftaran bagi kategori ini.
7. Masa yang diperuntukkan untuk sebuah rakaman video tidak melebihi dua (2) minit bagi setiap acara.
8. Pemenang bagi setiap kategori akan dikira berdasarkan kepada jumlah lompatan terbanyak.
9. Teknik lompatan yang dikehendaki ialah teknik jump-jump, iaitu setiap kali pusingan tali dilakukan, kedua-dua kaki harus dirapatkan apabila mencecah lantai atau di udara.
10. Untuk membolehkan pengiraan masa lompatan yang tepat peserta diwajibkan untuk menggunakan "Call Out" yang boleh dimuat turun di laman web Persekutuan Lompat Tali Malaysia (https://jumpropemalaysia.com). Lompatan harus dimulakan selepas bunyi bip.
11. Peserta perlu melengkapkan borang penyertaan melalui Google Form atau mengimbas Kod QR yang disertakan.
12. Tiada ketetapan untuk jenis, panjang dan berat tali. Semua peserta hendaklah memakai pakaian dan kasut yang bersesuaian.
13. Rakaman video hendaklah jelas dengan resolusi minimum 720p. Posisi kamera haruslah diletakkan secara berhadapan dan rakaman peserta dapat dilihat dengan baik. Video yang dihantar tidak boleh disunting dan tidak ada unsur-unsur penipuan.
14. Setiap video penyertaan perlu disertakan dengan maklumat seperti yang berikut:
        a) Nama
        b) Alamat
        c) Nombor telefon
        d) Kategori pertandingan
15. Peserta bertanggungjawab ke atas sebarang kemalangan, kecuaian atau implikasi perundangan yang menimpa peserta sebelum, semasa dan selepas rakaman dilaksanakan untuk tujuan pertandingan ini.
16. Pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan yang tidak menepati syarat dan terma yang telah ditetapkan.
17. Pertandingan bermula pada 1 Oktober 2021 dan tarikh akhir penyertaan pada 15 Oktober 2021.
18. Peserta perlu menghantar video penyertaan kepada pihak urus setia melalui aplikasi Telegram melalui talian telefon 017-2815018 ( En Shahrezza )
19. Keputusan pengadil adalah muktamad dan akan diumumkan sebelum 30 Oktober 2021 melalui laman web atau media sosial Persekutuan Lompat Tali Malaysia.

HADIAH PERTANDINGAN
a) Kategori Kepantasan Individu
        Johan - Wang tunai RM800.00
                                dan sijil elektronik
        Naib Johan - Wang tunai RM500.00
                                dan sijil elektronik
        Ketiga - Wang tunai RM300.00
                                dan sijil elektronik

b) Kategori Kepantasan Kumpulan
        Johan - Wang tunai RM1,200.00
                                dan sijil elektronik
        Naib Johan - Wang tunaiRM750.00
                                dan sijil elektronik
        Ketiga - Wang tunai RM500.00
                                dan sijil elektronik

URUS SETIA CABARAN LOMPAT TALI MAYA #KELUARGAMALAYSIA
1) En. Shahrezza: 017-2815018
2)    En. Lukman: 018-3199379
3) Pn. Fara: 013-3969153

Sign in to Google to save your progress. Learn more
KATEGORI *
Next
Clear form
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google. Report Abuse - Terms of Service - Privacy Policy