Bengkel Pusat Siswazah Siri 19/2019: Bengkel Penulisan Kajian Pustaka Berimpak
Tuan/Puan,

Selamat datang ke laman web pendaftaran Pusat Siswazah. Kami mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan penyertaan tuan/puan di dalam program Bengkel Pusat Siswazah Siri 19/2019: Bengkel Penulisan Kajian Pustaka Berimpak  yang akan disampaikan oleh Dr. Halim Hj. Razali dari Institut Penyelidikan Tenga Suria (SERI UKM)

Maklumat program adalah seperti berikut:

Tarikh : 14 Mei 2019 (Selasa)
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
Yuran : RM70.00 (UKM) & RM120.00 (Luar UKM)
Tempat : Bilik Latihan, Aras 2, Pusat Siswazah UKM

Bengkel ini terhad kepada 50 orang peserta sahaja. Bengkel ini akan dijalankan dalam Bahasa Melayu.

Jom sertai kami! Jangan lepaskan peluang keemasan ini.

Sila hubungi Puan Wan Khadijah Wan Husain di talian 03-8921 4612 atau email wandijah[at]ukm.edu.my untuk maklumat lanjut.

Sila layari laman facebook Pusat Siswazah untuk mengetahui aktiviti terbaru. https://www.facebook.com/pusatsiswazahukm
Sign in to Google to save your progress. Learn more
CIMB No. Akaun 8002234307 (Universiti Kebangsaan Malaysia)
Kaedah Bayaran:

1. Bayaran secara Online, atau;
2. Pemindahan wang ATM ke ATM

(PEMBAYARAN MENGGUNAKAN MESIN DEPOSIT TUNAI ADALAH TIDAK DIBENARKAN KERANA PIHAK KAMI SUKAR MENGESAN NAMA PENDEPOSIT).
 
Sila emailkan resit bukti bayaran yang telah dibuat beserta maklumat (Nama, No. Maklumat & Nama Bengkel) ke wandijah@ukm.edu.my.

Aturcara
Masa                                                 Butiran

8.30 pagi - 9.00 pagi                       Pendaftaran di lobi Pusat Siswazah UKM

9.00 pagi - 1.00 tengah hari           Bengkel Penulisan Kajian Pustaka Berimpak

1.00 tengah hari – 2.00 petang     Rehat

2.00 petang - 5.00 petang              Sambungan Bengkel Penulisan Kajian Pustaka Berimpak

5.00 petang                                       Bersurai

Biodata Penceramah
Menamatkan pengajian diperingkat Doktor Falsafah (Tenaga Keterbaharuan) dengan keputusan GOT (Graduate on Time) dalam masa tiga tahun dengan tajuk penyelidikan “Prestasi sistem janaan hidrogen pada motosikal melalui tindakbalas kimia antara aluminium dan asid hidroklorik sebagai bahan api alternatif” iaitu pada tahun 2013. Mendaftar diri sebagai Pensyarah Universiti D51 pada 7 April 2014 di Universiti Kebangsaan Malaysia di Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI), UKM. Dalam tempoh masa dua tahun berkhidmat sebagai Felo Penyelidik beberapa kejayaan dan anugerah telah dicapai dengan cemerlang. Di antara pencapaian-pencapaian tersebut ialah menerima Anugerah Buku Negara pada tahun 2013, kategori buku umum terbaik dalam bidang industri kategori Petroleum & Gas yang bertajuk “Hidrogen Bahan Api Alternatif Enjin Pembakaran Dalam” anjuran Yayasan Pembangunan Buku Negara. Memenangi Anugerah Emas dalam PECIPTA 2013 melalui produk inovasi yang bertajuk “Motosikal Berkuasa Hidrogen” yang telah didaftarkan sebagai harta intelek UKM yang bernombor rujukan UKM3.2.29/108/2/716. Manakala buku berikutnya bertajuk “Hidrogen: Kesan Prestasi Enjin, Pencemaran dan Kos Kitaran Hayat” telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah buku ilmiah terbaik kategori Sains, Teknologi dan Perubatan oleh Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM), peringkat kebangsaan dan IPTA pada 22 April 2016 yang lalu. Kejayaan bagi kedua-dua buah buku sains dan teknologi ini merupakan satu KEJAYAAN SULUNG yang diterima oleh Penerbit UKM, Universiti Kebangsaan Malaysia. Terutamanya dalam menerbitkan buku-buku ilmiah di dalam bidang sains, teknologi dan perubatan setelah 46 tahun UKM ditubuhkan.

Sehingga kini telah berjaya menghasilkan 5 buah buku dalam masa dua tahun. Diantara buku-buku tersebut adalah di dalam kategori penulisan buku ilmiah dan umum yang menjurus kepada bidang akademik yang menjadi panduan kepada masyarakat untuk menguasi bidang sains dan teknologi semasa khasnya. Manakala tiga buah buku lagi sedang dalam proses penerbitan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Diantara buku-buku tersebut ialah “Strategi Memiliki PhD dalam Bidang Kejuruteraan Aplikasi Teori Halim Razali”, buku berikutnya “Kereta Elektrik: Teknologi Automotif Masa Hadapan” dan buku yang kelima “Laluan Akademik Ke IPTA: berasaskan Minat, Kemahiran dan Cita-cita”. Sering dijemput sebagai penceramah, Pakar Motivasi dan fasilitator dalam program-program khas samaada diperingkat sekolah menengah dan sekolah rendah. Manakala di peringkat Universiti lebih menjurus kepada strategi penulisan buku ilmiah yang dianjurkan oleh fakulti-fakulti dan pusat pengurusan siswazah universiti. Selain menulis jurnal, prosiding untuk terbitan antarabangsa, penulis juga aktif dalam menyumbang artikel-artikel ilmiah untuk majalah popular seperti majalah Kosmik: Sains dan Teknologi terbitan DBP, Majalah Sains dan Majalah Impak yang di terbitkan oleh Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi UKM dan universiti-universiti tempatan yang lain.
Objektif
Bengkel ini merupakan satu strategi pembacaan, penyeliaan, dan pengurusan kajian kepustakaan untuk dunia penyelidikan. Merupakan satu strategi yang memberi fokus kepada kaedah dalam memiliki PhD dengan lebih teratur dan terancang. Kaedah yang betul dalam menentukan kata kunci kajian merupakan teras kepada kejayaan bagi sesebuah penyelidikan. Penetapan kedudukan kata kunci kajian mengikut hairaki (teori Taxonomy Bloom) merupakan perkara penting yang perlu anda ketahui dalam menghasilkan manuskrip tesis yang spesifik dan berkualiti. Tesis yang berkualiti perlu bersifat terperinci dan mendalam dalam menyampaikan ilmu. Penulisan yang terperinci dari segi sususan fakta dan sokongan ilmuan yang lalu juga merupakan satu perkara yang perlu anda ketahui.

Disamping itu, strategi penulisan tesis dalam Bab 2 (Kajian kepustakaan) bersumberkan penerbitan jurnal, prosidang dan buku ilmiah juga turut diberi penekanan. Di akhir bengkel ini, para peserta berkeupayaan untuk tamat pengajian mengikut perancangan dan mencapai status GoT (Graduate on Time) dengan sempurna. Selain melahirkan seorang Doktor Falsafah yang berkualiti dan cemerlang untuk berkhidmat kepada agama, bangsa dan negara dapat dipenuhi.

Nama: *
(Nama seperti di dalam Kad Pengenalan)
MyKad No.:
No. Matrik / No. Pekerja:
Wajib untuk warga UKM
Luar UKM
Sila nyatakan:
Jantina: *
Jenis Pengajian: *
Email: *
No. Telefon: *
Fakulti/ Institut: *
Bagaimana anda mengetahui mengenai bengkel ini? *
Sila tandakan dibawah
Required
Submit
Clear form
Never submit passwords through Google Forms.
This form was created inside of Universiti Kebangsaan Malaysia. Report Abuse