Temujanji Berbuka Puasa & Menderma Darah di Pusat Darah Negara - Ramadhan 2020
Mengikut fatwa Majlis Muzakarah, pendermaan darah tidak membatalkan puasa; malah digalakkan pada bulan Ramadhan ini. Seseorang itu boleh menderma darah asalkan tidak memudaratkan diri sendiri.

PDN akan menganjurkan program berbuka puasa dan menderma darah pada bulan Ramadhan 2020. Program ini hanya untuk PENDERMA DARAH UTUH di Pusat Darah Negara, Jalan Tun Razak dan setiap penderma yang berminat menyertai program perlu membuat temujanji pendermaan darah dengan mengisi borang ini.

Anda boleh memeriksa kesesuaian anda sebagai penderma darah di https://forms.gle/4ZrUkwcoRF2D6pBq7.

Sekiranya anda memenuhi kriteria penderma darah, anda bolehlah mengisi borang ini dan hadir untuk menderma darah. Pusat Darah Negara menyediakan juadah berbuka puasa untuk penderma darah Muslim yang ingin menderma di Pusat Darah Negara.

Waktu operasi PDN, Jalan Tun Razak:
Isnin - Jumaat: 10.00 pagi - 9.00 malam
Sabtu - Ahad /Cuti umum : 10.00 pagi - 6.00 petang

Untuk bulan Ramadhan, lanjutan waktu 7.00 malam - 9.00 malam (Isnin - Jumaat **kecuali cuti umum) adalah untuk penderma darah utuh yang mempunyai temujanji sahaja. Sila bawa alat kelengkapan solat sendiri (sejadah dan telekung).

* Bagi penderma AFERESIS, sebarang maklumat lanjut berkaitan temujanji pendermaan aferesis,  boleh hubungi talian 03-26132682.
Sign in to Google to save your progress. Learn more
Email *
Nama Penuh *
Nombor Kad Pengenalan *
Contoh: XXXXXX-XX-XXXX
Sila tanda tarikh untuk pendermaan DARAH UTUH di Pusat Darah Negara, Jalan Tun Razak.
Clear selection
Nombor Telefon *
Sekiranya terdapat sebarang perubahan, kami akan menghubungi anda melalui nombor telefon yang diberikan.
Rekod senarai yang muktamad akan disimpan dan dihantar kepada Majlis Keselamatan Negara mengikut keperluan. Maksimum 45 temujanji sehari bagi memastikan keselesaan dan amalan penjarakan sosial dilestarikan.
Dengan menandakan 'Ya', anda bersetuju untuk menderma DARAH UTUH di Pusat Darah Negara, Jalan Tun Razak pada 7.00 pm - 9.00 pm (Isnin - Jumaat **kecuali cuti umum). *
Required
Submit
Clear form
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google. Report Abuse - Terms of Service - Privacy Policy