Inventori Gaya Bercinta
Jom kenal gaya bercinta anda!
Sign in to Google to save your progress. Learn more
PENGENALAN
Terdapat dua bahagian untuk dijawab di dalam kajian ini yang terdiri daripada:

Bahagian A: Data Demografi
Bahagian B: Inventori Gaya Bercinta

Data yang dikumpul akan dianalisa dan diselaras oleh penganjur

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan boleh berhubung dengan pemberi ujian.

TIADA sebarang dapatan individu akan dikeluarkan tanpa permohonan dan izin responden terlebih dahulu.

Selamat menjawab!

PERSETUJUAN TERMAKLUM
1. Saya sedar bahawa saya mungkin akan menjawab soalan-soalan berbentuk peribadi dalam proses menjalani ujian psikologi. Oleh yang demikian, saya  BOLEH BERHENTI atau menarik diri  pada bila-bila masa sahaja KECUALI jika saya dirujuk.

2. Saya faham bahawa hasil daripada ujian psikologi yang telah saya jalani adalah bertujuan untuk:

- memberi maklumat mengenai situasi, potensi diri atau menilai perkembangan dan kemajuan saya sendiri.
- kegunaan kajian serta penyediaan laporan kemajuan atau pencapaian demi kepentingan perkhidmatan jabatan.

3. Saya faham bahawa maklumat daripada ujian psikologi ini adalah RAHSIA kecuali Kaunselor/Pegawai Psikologi percaya bahawa saya berkecenderungan membahayakan diri saya atau orang lain. Sekiranya itu berlaku, Kaunselor/Pegawai Psikologi berhak untuk memberitahu pihak-pihak yang difikirkan perlu sebagai langkah keselamatan

4. Saya faham bahawa laporan ujian psikologi ini adalah sulit dan untuk kegunaan dalaman jabatan sahaja.
Saya telah membaca, memahami dan bersetuju dengan syarat-syarat seperti di bawah. Saya juga sedar bahawa saya boleh membatalkan persetujuan ini pada bila-bila masa sahaja melalui notis bertulis. *
Next
Clear form
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google. Report Abuse - Terms of Service - Privacy Policy