Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,
Tujuan soal selidik ini adalah untuk mengumpul maklumat tentang impak Portal Hasil Tanah Negeri Kelantan yang dilaksanakan di Pejabat Tanah dan Galian serta seluruh Pejabat Tanah dan Jajahan Negeri Kelantan. Soal selidik ini difokuskan kepada kakitangan yang menggunakan sistem ini secara langsung atau tidak langsung. Segala maklumat yang dikumpulkan hanya akan digunakan untuk tujuan kajian ini.
Segala perhatian dan kerjasama yang diberikan oleh YB Dato'/ YM Dato'/ YABhg. Dato'/ YM Tengku/ Tuan/ Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.Sekian.