Pelajaran Ketiga : Israk dan Mikraj
Assalamualaikum. Berikut adalah Pelajaran Ketiga bagi subjek Sirah Tahun 4 mengikut sukatan pelajaran agama Islam di sekolah rendah agama Negeri Selangor. Bahan ini disediakan khusus bagi mencapai tujuan pengukuhan para pelajar sepanjang fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan. Semoga penyediaan bahan ilmiah ini dapat memperkemas pengetahuan pelajar dalam membuat ulangkaji pelajaran di luar kelas.

Sebelum anda membaca, memahami dan menjawab soalan-soalan yang disediakan, anda disarankan agar membaca terlebih dahulu buku teks Sirah Tahun 4 sukaran JAIS, bertajuk;
1- Pengertian Israk Mikraj (m/s: 26)
2- Sebab Berlaku Israk Mikraj (m/s: 27)
3- Peristiwa Yang Berlaku Semasa Israk dan Mikraj (m/s 28-30)
4- Nabi Di"mikraj"kan ke Sidratul Muntaha (m/s: 31-32)
5- Iktibar (Pengajaran) (m/s: 33)

Modul latihan interaktif ini turut menyediakan beberapa infografik dan ringkasan pelajaran mengikut 5 sub topik yang telah tertera di atas. Terdapat 52 jenis soalan di mana 3 sub topik mengandungi 10 soalan dan sub topik terakhir sebanyak 12 soalan. Skema jawapan yang betul dan menyeluruh akan dikemukakan sejurus sahaja soalan-soalan tersebut dapat diselesaikan dengan sempurna oleh pelajar.

Anda juga dikehendaki untuk mengisi maklumat peribadi bagi memudahkan proses penilaian tahap penguasaan pelajar yang mendapat bimbingan saya khususnya di sekolah SRAS24, Shah Alam. Segala ulasan, komentar dan informasi-informasi tambahan berkaitan dengan pelajaran akan saya berikan dengan syarat pihak pelajar memberikan emel serta maklumat-maklumat yang dikehendaki dengan betul.

Objektif Latihan: Ringkasan nota, saya sediakan dalam tulisan jawi supaya para pelajar dapat berasimilasi dengan istilah-istilah yang terdapat dalam pelajaran Sirah al-Nabawiyah. Manakala soalan-soalan pula saya sediakan dalam tulisan rumi supaya penyertaan pelajar dapat berkembang, tidak hanya melibatkan individu-individu tertentu yang menguasai tulisan jawi sahaja. Selamat Menjawab.

“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah SAW tauladan yang baik bagimu...” (Surah Al-Ahzab, ayat 21)

Sekian, Terima Kasih.

Disediakan oleh;
Ust Mohd Azmir Maideen, Guru Kelas 4 Ikhlas SRAS24, Shah Alam
B.A (Al-Azhar, Usuluddin, Dakwah wa Thaqafah Islamiyah)
M.A (UKM, Dakwah dan Kepimpinan)
Calon PhD (UPSI, Pendidikan Moral)
 
Sign in to Google to save your progress. Learn more
Nama Pelajar *
Nyatakan nama penuh anda. Sila tulis huruf besar pada perkataan pertama, contoh: Muhammad Ahmad bin Abdullah
Nama Sekolah *
Required
Kriteria Pelajar
Emel Pelajar (Optional)
Sekiranya anda ingin mendapatkan bahan-bahan e-pendidikan lain, sila nyatakan emel anda di bawah. Jika ada sebarang pertanyaan, pembetulan, nasihat atau teguran yang ingin anda diajukan, anda boleh mengemukakannya ke alamat emel: ustazmir@gmail.com
Next
Clear form
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google. Report Abuse - Terms of Service - Privacy Policy