Jom Recycle! Kitar Semula Plastik untuk Terapi di Rumah
Plastik perubatan yang digunakan dalam fasiliti perubatan dan terapi di rumah menghasilkan sisa plastik yang banyak. Program Kitar Semula Plastik untuk Terapi di Rumah ini bertujuan untuk mengumpul produk perubatan PVC terpakai yang berkualiti tinggi untuk dikitar semula menjadi produk baharu yang berguna.

Dengan menyertai program ini, anda boleh mengurangkan separuh sisa plastik yang dibuang ke tapak pelupusan sampah. Kami memerlukan bantuan anda untuk membuat perubahan dan menjadikan Malaysia tempat tinggal yang lebih baik untuk generasi masa depan kita!

Begini cara anda boleh menyertai program ini!

1. Daftar dengan mengisi borang permohonan di bawah
2. Baca dengan teliti bahan latihan yang disediakan dengan mengimbas kod QR atau klik pautan URL. Anda boleh menontonnya dengan peranti komunikasi anda sendiri, dengan atau tanpa kehadiran doktor/jururawat anda.
3. Anda boleh menguji kefahaman dan kesediaan anda untuk menyertai program ini dengan kuiz di bawah, setelah membaca langkah-langkah yang dihuraikan.
4. Setelah berjaya mendaftar, anda akan menerima kit alu-aluan, tong kitar semula12 Gelen, dan sijil penghargaan dalam masa 2-4 minggu.

Sila tulis kepada info@bcsd.my jika anda ingin menerima maklumat lanjut atau mempunyai sebarang pertanyaan mengenai program ini.
Sign in to Google to save your progress. Learn more
Email *
Silah pilih hospital yang diduduki. 
Adakah anda pengguna sistem peritoneal dialisis Baxter dan menetap di Lembah Klang?
Clear selection
Next
Clear form
Never submit passwords through Google Forms.
This form was created inside of BCSD Malaysia. Report Abuse