JavaScript isn't enabled in your browser, so this file can't be opened. Enable and reload.
SET 14 : SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SAINS (1511/1) SPM 2020 - SABAH (TAMBUNAN)
PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM (SAINS 1511/1)
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMBUNAN, SABAH.
DIGUBAL OLEH:
Puan Frenysia Frencis
SMK Tambunan, Tambunan, Sabah.
Sign in to Google
to save your progress.
Learn more
* Indicates required question
NAMA PENUH
*
GUNAKAN HURUF BESAR
Your answer
NAMA SEKOLAH
*
GUNAKAN HURUF BESAR
Your answer
NAMA KELAS
*
GUNAKAN HURUF BESAR
Your answer
1. Antara berikut, yang manakah benar tentang kepentingan koordinasi badan?
*
1 point
Mengawal penghantaran impuls.
Membolehkan badan bergerak balas terhadap rangsangan dari dalam dan luar badan.
Menyelaraskan pertumbuhan badan.
Memastikan penghantaran impuls berlaku dengan berkesan semasa menerima rangsangan luar.
2. Rajah menunjukkan sejenis neuron. Neuron itu membawa impuls dari ________ .
*
1 point
Efektor ke sistem saraf pusat.
Sistem saraf pusat ke efektor.
Reseptor ke sistem saraf pusat.
Sistem saraf pusat ke reseptor.
3. Rajah menunjukkan sistem endokrin manusia. Antara bahagian A, B, C dan D, yang manakah mewakil kelenjar tiroid?
*
1 point
A
B
C
D
4. Pernyataan berikut adalah berkaitan dengan kempen keselamatan jalan raya. Apakah kaitan antara pernyataan itu dengan koordinasi badan?
*
1 point
Kebanyakan neuron dimusnahkan.
Kadar denyutan jantung menurun.
Aktiviti otak menjadi cepat.
Penghantaran impuls menjadi lambat.
5. Antara kromosom berikut, yang manakah terdapat dalam sel kulit lelaki?
*
1 point
22 + X
22 + Y
22 + XY
44 + XY
6. Apakah kebaikan kacukan silang antara dua jenis spesies tumbuhan kelapa sawit yang berbeza?
*
1 point
Spesies baharu mengeluarkan lebih banyak hasil.
Adalah lebih murah untuk menghasilkan spesies baharu.
Buah daripada spesies baharu mempunyai rasa yang lebih sedap.
Spesies baharu boleh ditanam dimana-mana jenis tanah.
7. Antara berikut, yang manakah adalah variasi selanjar?
*
1 point
Warna mata
Kumpulan darah
Berat badan
Kebolehan menggulung lidah
8. Pernyataan manakah yang betul mengenai proses meiosis?
*
1 point
Berlaku pada sel soma.
Nukleus membahagi dua kali.
Bilangan kromosom dikekalkan.
Setiap sel induk menghasilkan dua sel anak.
9. Antara berikut, yang manakah terdapat pada nukleus sesuatu atom?
*
1 point
Proton dan neutron
Proton dan elektron
Elektron dan neutron
Proton, elektron dan neutron
10. Rajah menunjukkan susunan zarah bagi unsur X. Apakah unsur X.
*
1 point
Helium
Natrium klorida
Natrium
Gas oksigen
11. Rajah menunjukkan nombor proton dan nombor nukleon bagi karbon. Berapakah bilangan neutron dalam karbon?
*
1 point
2
6
18
12
12. Rajah menunjukkan penggunaan logam dalam pembinaan jambatan. Apakah sifat-sifat logam yang digunakan untuk membina jambatan?
*
1 point
Tidak menyokong pembakaran
Mulur dan kekonduksian elektrik yang baik
Berkilat dan tahan kakisan
Teguh dan kekuatan regangan yang tinggi
13. Jadual menunjukkan suhu awal bahan tindak balas dan suhu akhir hasil tindakbalas P, Q, R dan S. Tindak balas yang manakah merupakan tindak balas eksotermik?
*
1 point
P dan R
R dan S
Q dan R
P dan S
14. Aminah mendapati cincin besinya telah kurang berkilat. Apakah cadangan yang terbaik untuk mengatasi masalah tersebut
*
1 point
Penyulingan
Pengekstrakan
Penulenan
Penyaduran
15. Rajah menunjukkan sejenis sel , Y. Apakah sel Y?
*
1 point
Sel kering
Bateri nikel kadmium
Akumulator asid plumbum
Sel merkuri
16. Antara logam berikut, yang manakah boleh diekstrak daripada oksidanya menggunakan karbon?
*
1 point
Ferum
Aluminium
Magnesium
Natrium
17. Antara sinaran radioaktif berikut yang manakah boleh dihalang oleh sehelai kertas?
*
1 point
Alfa
Beta
Gama
Radio
18. Manakah kaedah yang betul untuk menyimpan bahan-bahan radiokatif?
*
1 point
Simpan di dalam konkrit tebal
Simpan di dalam kelalang vakum
Simpan di dalam kot makmal
Simpan di dalam kotak plumbum nipis
19. Antara radioisotop yang berikut, yang manakah digunakan bagi mengkaji penyerapan baja oleh tumbuhan?
*
1 point
Karbon - 14
Natrium - 24
Fosforus - 131
Fosforus - 32
20. Imej ini menunjukkan satu bekas yang mengandungi satu bahan X. Pernyataan yang manakah betul tentang bahan X?
*
1 point
Bahan X mempunyai nukleus yang tidak stabil.
Bahan X boleh mengeluarkan sinar gama sahaja.
Bahan X tiada keradioaktifan.
Bahan X mempunyai nombor proton yang sangat besar.
21. Rajah menunjukkan dua prisma yang serupa diletakkan di hadapan skrin putih. Nyatakan pemerhatian.
*
1 point
Spektrum warna terbentuk pada skrin
Tompokan cahaya putih pada skrin
Campuran warna cahaya pada skrin
Tidak ada apa-apa perubahan
22. Pencampuran pigmen-pigmen warna yang manakah boleh menghasilkan warna yang ditunjukkan dalam imej?
*
1 point
Kuning + merah
Kuning + biru
Ungu + jingga
Biru + merah
23. Apakah warna kelihatan apabila cat merah dilihat di bawah cahaya biru?
*
1 point
Merah
Biru
Putih
Hitam
24. Rajah menunjukkan penapisan warna menggunakan turas magenta dan turas X. Apakah turas X jika cahaya biru kelihatan pada skrin putih?
*
1 point
Turas merah
Turas hijau
Turas sian
Turas kuning
25. Maklumat ini menunjukkan ciri-ciri satu imej yang dibentuk oleh X, di mana jarak objek kurang daripada panjang fokus. Apakah X?
*
1 point
Cermin satah
Kanta cembung
Periskop
Prisma
26. Apakah jenis aloi yang sesuai dijadikan sebagai peralatan dapur seperti sudu, pisau dan garpu?
*
1 point
Gangsa
Duralumin
Keluli nirkarat
Kupronikel
27. Urea dihasilkan dalam industri melalui tindak balas antara ammonia dan P. Apakah P?
*
1 point
Karbon
Hidrogen
Oksigen
Karbon dioksida
28. Rajah menunjukkan contoh-contoh mikroorganisma. Kumpulan manakah yang mewakili mikroorganisma tersebut?
*
1 point
Alga
Kulat
Bakteria
Protozoa
29. Rajah menunjukkan Mycobacterium tuberculosis. Antara sistem berikut, yang manakah akan terjejas apabila bakteria tersebut menyerang badan manusia?
*
1 point
Sistem pencernaan
Sistem peredaran darah
Sistem respirasi
Sistem pembiakan
30. Jadual menunjukkan jenis dan kuantiti makanan yang diambil oleh Halle untuk makan tengahari. Berapakah jumlah tenaga yang diambil oleh Halle?
*
1 point
3830 kJ
4200 kJ
4390 kJ
5330 kJ
31. Kekurangan vitamin D dalam gizi seseorang boleh menyebabkan ________ .
*
1 point
Goiter
Skurvi
Riket
Anemia
32. Organisma X dijumpai di dalam nodul akar tumbuhan kekacang. Apakah peranan organisma X?
*
1 point
Mengikat nitrogen kepada nitrat
Menukarkan nitrat kepada nitrogen
Menukarkan nitrit kepada nitrat
Menukarkan protein haiwan kepada sebatian ammonium
33. Antara berikut, yang manakah diperlukan untuk mencapai keseimbangan dalam alam semula jadi?
*
1 point
Pencemaran alam sekitar
Kitar karbon dan kitar air
Siratan makanan dan piramid makanan
Kitar semula jadi dan siratan makanan
34. Rajah menunjukkan sebahagian daripada kitar karbon. Apakah proses yang berlaku di Q?
*
1 point
Transpirasi
Fotosintesis
Penguraian
Respirasi
35. Rajah menunjukkan lapisan-lapisan atmosfera. Apakah kegunaan lapisan M?
*
1 point
Ia membantu meningkatkan suhu purata atmosfera Bumi.
Ia menghalang sinaran ultraungu yang berbahaya daripada sampai ke permukaan Bumi.
Ia menghalang pembentukan hujan asid.
Ia membenarkan sinaran ultraungu yang berbahaya sampai ke permukaan Bumi
36. Rajah menunjukkan sebuah kilang berhampiran sungai. Apakah kesan yang mungkin timbul jika sisa-sisa buangan perindustrian dibuang ke dalam air?
*
1 point
Nelayan akan dapat menangkap lebih banyak ikan.
Lebih banyak pekerjaan untuk masyarakat setempat.
Masalah pernafasan dalam kalangan orang ramai akan berkurang.
Bilangan ikan berkurang.
37. Antara berikut, yang manakah benar tentang lemak tak tepu?
*
1 point
Sumber tenaga simpanan di dalam badan
Berasal daripada haiwan
Mengandungi kandungan kolesterol yang tinggi
Tidak mengandungi ikatan-ikatan ganda dua pada rantai hidrokarbon
38. Maklumat berikut menunjukkan langkah-langkah dalam pengekstrakan minyak kelapa sawit. Apakah urutan yang betul dalam proses ini?
*
1 point
R - Q - S - P
R - S - Q - P
P - Q - R - S
P - R - S - Q
39. Maklumat berikut menunjukkan langkah-langkah tindakan pencucian sabun. Apakah urutan yang betul dalam proses ini?
*
1 point
R -> Q -> S -> P
S -> P -> R -> Q
P -> R -> Q -> S
P -> R -> S -> Q
40. Lelaki A mengambil 30 saat untuk berjalan sejauh 100 meter. Lelaki B mengambil 55 saat untuk berjalan sejauh 120 meter. Lelaki C mengambil 60 saat untuk berjalan sejauh 140 meter. Siapakah yang mempunyai kelajuan terpantas?
*
1 point
Kesemua mereka mempunyai kelajuan yang sama.
Lelaki B
Lelaki A
Lelaki C
41. Apabila berjalan di sepanjang pantai yang berpasir, mengapakah memakai kasut bertapak rata lebih baik daripada kasut bertumit tinggi?
*
1 point
Kasut bertapak rata mengenakan tekanan yang lebih besar pada tanah kerana luas permukaan yang bersentuhan dengan tanah adalah lebih kecil.
Kasut bertapak rata mengenakan tekanan yang lebih kecil pada tanah kerana luas permukaan yang bersentuhan dengan tanah adalah lebih kecil.
Kasut bertapak rata mengenakan tekanan yang lebih besar pada tanah kerana luas permukaan yang bersentuhan dengan tanah adalah lebih besar.
Kasut bertapak rata mengenakan tekanan yang lebih kecil pada tanah kerana luas permukaan yang bersentuhan dengan tanah adalah lebih besar.
42. Gambar rajah menunjukkan seketul batu tergantung dari satu neraca spring sebelum dan selepas direndam di dalam air. Berapakah berat batu di dalam air?
*
1 point
2.5 N
0.3 N
2.2 N
1.9 N
43. Imej menunjukkan satu makanan yang diproses. Apakah bahan tambah makanan yang mungkin ditambah kepada makanan ini untuk menjadikannya kelihatan menarik?
*
1 point
Pengantioksida
Pewarna
Bahan awet
Pemanis
44. Gam guar kadang kala ditambah kepada aiskrim untuk meningkatkan tekstur dan menjadikannya lebih licin dan lebih berkrim. Ia adalah contoh ______ .
*
1 point
bahan awet
penstabil
pengantioksida
pemanis
45. Seorang pesawah menghasilkan satu varieti padi baharu yang mengeluarkan hasil yang tinggi, tempoh kematangan yang pendek dan tahan terhadap perosak dan penyakit dengan menggunakan pembiakbakaan terpilih. Kaedah mempertingkatkan pengeluaran makanan manakah yang ditunjukkan dalam contoh tersebut?
*
1 point
Pengunaan optimum tanah dan kawasan berpengairan.
Pengurusan tanah yang cekap.
Penggunaan baka bermutu.
Pendidikan dan bimbingan untuk petani
46. Imej ini menunjukkan satu contoh bagi sejenis polimer. Berikut merupakan ciri polimer ini kecuali?
*
1 point
Dapat diacu semula
Mempunyai rangkai silang
Susah untuk dilentur dan dibakar
Takat lebur yang tinggi.
47. Apakah cara terbaik untuk melupuskan beg plastik yang diperbuat daripada politena?
*
1 point
Tanam di dalam tanah
Buangkan ke dalam laut
Bakar di dalam insinerator
Dedahkan kepada cahaya matahari
48. Gelombang manakah mempunyai frekuensi paling tinggi?
*
1 point
A
B
C
D
49. Gambar rajah menunjukkan simbol untuk satu komponen elektronik. Apakah nama komponen elektronik ini?
*
1 point
Transistor
Kapasitor
Diod
Perintang
50. Peranti manakah yang terlibat dalam teknologi maklumat dan komunikasi?
*
1 point
A
B
C
D
Submit
Clear form
Never submit passwords through Google Forms.
This form was created inside of Ministry Of Education Malaysia.
Does this form look suspicious?
Report
Forms