Usahawan Yang Dihormati,
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) komited dalam usaha membangunkan usahawan khususnya dari kelompok mikro, kecil dan sederhana selari dengan misi KUSKOP untuk mewujudkan ekosistem keusahawanan yang holistik, inklusif, mampan dan berinovasi. Dalam usaha menjayakan aspirasi ini, KUSKOP sentiasa prihatin akan isu dan cabaran yang dihadapi dan disuarakan oleh para usahawan antaranya berkaitan pembiayaan, akses pasaran dan pembangunan perniagaan. Sehubungan itu, pihak KUSKOP ingin mendapatkan maklumat balas mengenai kesulitan yang dihadapi dan faktor penghalang kepada perkembangan usahawan khususnya dalam aspek pembiayaan dan pasaran dalam negara mahupun antarabangsa. Justeru, KUSKOP ingin menjemput para usahawan untuk menjawab kaji selidik ini bermula pada 1 hingga 14 November 2022. Maklumbalas anda adalah penting bagi membantu KUSKOP dalam merangka dasar dan intervensi yang diperlukan oleh usahawan dengan lebih tepat, bersesuaian dan berkesan. Maklum balas yang diberikan adalah SULIT dan hanya bagi kegunaan KUSKOP sahaja. Terima kasih atas masa yang diluangkan untuk menjawab kaji selidik ini.
Dear Entrepreneurs,
The Ministry of Entrepreneur and Cooperatives Development (MECD) is committed in the development of entrepreneurs, especially from micro, small, and medium groups in line with MECD mission to create a holistic, inclusive, sustainable and innovative entrepreneurship ecosystem. In an effort to make this mission a success, MECD is always concerned about the issues and challenges faced and voiced by entrepreneurs, including those related to financing, market access and business development. In the regards, MECD would like to get feedback on the difficulties encountered and factors that hinder the development of entrepreneurs especially on financing and domestic and international markets. Therefore, MECD would like to invite entrepreneurs to answer this survey starting from 1 to 14 November 2022. Your feedback is important to help MECD to formulate interventions needed by entrepreneurs that are more accurate, appropriate and effective. Your responses will remain CONFIDENTIAL and for MECD use only. Thank you for taking time to complete our survey.