Latihan Kata Adjektif (Tahun 5)
Disediakan oleh Cikgu Raz

Kata Adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu.
Jenis kata adjektif beserta contoh:
1. Sifat/Keadaan : (kaya, rajin, jujur, gagah)
2. Waktu : (lambat, cepat, lama, segera)
3. Warna : (hijau, merah, biru, jingga)
4. Perasaan : (sedih, gembira, marah, tenang)
5. Bentuk : (bulat, leper, panjang, nipis)
6. Cara : (pantas, laju, deras, lincah)
7. Ukuran : (sempit, longgar, luas, sedikit)
8. Jarak : (jauh, hampir, dekat,)
9. Pancaindera : (harum, merdu, manis, hapak)
Sign in to Google to save your progress. Learn more
NAMA *
KELAS *
SEKOLAH *
1. Air teh yang dibancuh oleh Qamylia agak_____________ kerana kurang gula. *
2 points
2. Biskut di dalam tin itu menjadi _____________ kerana tidak ditutup dengan rapat. *
2 points
3. Ayam yang digoreng oleh Tanisha telah _____________ kerana api terlalu besar. *
2 points
4. Air tasik itu menjadi _____________ akibat musim kemarau yang berpanjangan. *
2 points
5. Syafiq menunggang basikal ke sekolah dengan  _____________ agar selamat tiba ke sekolah. *
2 points
6. Kanak-kanak yang hendak keluar bermain di taman permainan perlu ditemani oleh ibu bapa supaya sentiasa_____________. *
2 points
7. Aidil menjemur bajunya yang _____________ di luar rumah pada awal pagi. *
2 points
8. Buah pisang yang sudah masak berwarna _____________ keemasan amat sesuai dibuat pengat. *
2 points
9.  Zakuan amat disenangi oleh rakan-rakannya kerana sifatnya yang _____________ dan tidak suka berbohong. *
2 points
10. Semua pemandu dinasihati supaya berhati-hati ketika melalui jalan ke Tanah Tinggi Cameron yang _____________ itu. *
2 points
Submit
Clear form
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google. Report Abuse - Terms of Service - Privacy Policy