PERMOHONAN TEMUJANJI  UNIT PENDAFTARAN - BIOMETRIK /PENYAKSIAN PETADBIR TANAH                                    (PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR)  
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tuan / Puan

1) Borang ini, adalah borang temujanji untuk urusan Penyaksian Borang 14 ( Borang Pindahmilik Tanah) / borang 16A ( Borang Gadaian) dan lain-lain borang urusan tanah dengan Pentadbir Tanah Kuala Selangor dan Pengesahan Biometrik bagi firma Guaman dan Lain-lain Firma /persendirian

2) Satu Sesi temujanji terhad untuk 2 borang 14A ( borang pindahmilik) sahaja / borang 16A ( Borang Gadaian) dan lain-lain borang urusan tanah, sekiranya lebih perlu tambah sesi temujanji

3) Sila pastikan membawa dokumen berikut:
    a) Hakmilik Asal
     b) Carian Rasmi terkini ( 30 hari dari tarikh penyaksian)- Penyaksian luar daerah / hakmilik pendaftar (HSD/Geran/Pajakan Negeri)
    c) Borang 14A/ 16A yang lengkap di isi tanpa tandatangan
    d) Sijil Kelahiran jika melibatkan tanah rizab melayu, termasuk ibu / bapa sekiranya lahir diluar semenanjung
        Malaysia
    e) Bawa surat kebenaran pindahmilik sekiranya hakmilik tanah ada sekatan kepentingan

    f) Pastikan yang hadir untuk membuat penyaksian memenuhi kateria berikut:

        (i) Berumur 18 tahun dan ke atas
        (ii) Warganegara Malaysia
        (iii) Menyempurnakan suratcara atas kerelaan hatinya sendiri
        (iv) Faham akan kandungan pada suratcara dan natijahnya

    f) 14A asal/ salinan dan dokumen syarikat (sekiranya berkaitan) sekiranya melibatkan 14A tanah bernilai lebih 1 juta ( Penyaksian yang dibuat selain Pentadbir Tanah

 g) kad pengenalan asal bagi setiap yang hadir berurusan

3)  Mohon cetak Google form yang diterima secara email semasa berurusan, tarikh temujanji adalah mengikut Tarikh dan masa yang telah dipilih  oleh Tuan/Puan.


Sekian, terima kasih.

 “SELANGOR MAJU BERSAMA”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”



 
 
Sign in to Google to save your progress. Learn more
Email *
Next
Clear form
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google. Report Abuse - Terms of Service - Privacy Policy