KAJIAN PEMBANGUNAN PELAN STRATEGIK LATIHAN KEMAHIRAN JPK 2026 - 2030

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) sedang menjalankan kajian bertujuan untuk mengumpulkan maklum balas bagi membangunkan kerangka dasar dan pelan strategik latihan kemahiran negara. 

Soal selidik ini terbuka kepada pemegang taruh TVET yang terdiri daripada agensi kerajaan, majikan, industri, penyedia latihan, pengajar TVET dan mereka yang berkaitan. Soal selidik ini hanya mengambil masa tidak lebih dari 20 minit dan ia akan dibuka dari 19 April 2024 sehingga 3 Mei 2024. 

Pihak JPK amat menghargai sokongan dan komitmen yang diberikan dalam menjawab soal selidik ini. Segala maklumat dalam borang soal selidik adalah DIRAHSIAKAN dan digunakan bagi tujuan kajian ini sahaja. 

Kerjasama, penglibatan dan keprihatinan Tuan / Puan dalam kajian ini amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih. 

Jika terdapat sebarang pertanyaan berhubung dengan kajian ini, Tuan/ Puan boleh menghubungi Dr Zool Hilmi bin Mohamed Ashari di zoolhimi@mohr.gov.my atau Dr. Khuzainey binti Ismail di khuzainey@mohr.gov.my  

Sign in to Google to save your progress. Learn more
KATEGORI RESPONDEN *
Next
Clear form
Never submit passwords through Google Forms.
This form was created inside of MyGovUC. Report Abuse