KAJIAN KEBOLEHPASARAN PROGRAM AKADEMIK – IJAZAH SARJANA MUDA SAINS MATEMATIK (KEPUJIAN). PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN JARAK JAUH, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM). 

Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ), Universiti Sains Malaysia ingin menjemput YBhg. Datuk/Dato'/Prof./Dr./Tuan/Puan/Cik untuk mengisi soal selidik Kajian Kebolehpasaran Program Ijazah Sarjana Muda Sains Matematik (Kepujian) untuk tujuan penambahbaikkan program dan kurikulum.

Soal selidik ini diedar bertujuan untuk mengumpul maklumat bagi Kajian Kebolehpasaran Program Ijazah Sarjana Muda Sains Matematik (Kepujian). Maklumbalas anda adalah sulit dan hanya akan digunakan untuk membantu penambahbaikan program yang bersesuaian mengikut perubahan semasa. Anggaran masa untuk menjawab soal selidik adalah 5 minit. Sila baca setiap pertanyaan yang diberikan dan tanda pada kotak yang disediakan.  

Jika terdapat sebarang persoalan lanjut berkaitan kajian kebolehpasaran ini, YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato/Prof./Dr./Tuan/Puan/Cik boleh menghubungi Dr. Mohd. Asyraf Mansor melalui emel: asyrafman@usm.my atau Dr. Wan Aqlili Wan Mohd Ruzai menerusi aqliliruzai@usm.my

Kesudian YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato/Prof./Dr./Tuan/Puan/Cik untuk meluangkan masa dalam menjawab soal selidik ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan seinfiniti terima kasih.

Butiran program akademik adalah seperti berikut:

  • NAMA PROGRAM: IJAZAH SARJANA MUDA SAINS MATEMATIK (KEPUJIAN)
  • INSTITUSI: PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN JARAK JAUH, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)
  • TEMPOH PENGAJIAN : MINIMUM 4 TAHUN / MAKSIMUM 12 TAHUN
  • MOD PENAWARAN : KAEDAH PEMBELAJARAN TERBUKA DAN JARAK JAUH (ODL)
  • STRUKTUR PROGRAM: KURSUS TERAS (71 unit), KURSUS ELEKTIF (32 unit), KURSUS UNIVERSITI (17 Unit)
Sign in to Google to save your progress. Learn more
Next
Clear form
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google. Report Abuse - Terms of Service - Privacy Policy