BORANG PENDAFTARAN DAN TEMPAHAN SARINGAN KESIHATAN (KELUARGA)
Ini ialah akaun di mana seseorang individu membuka akaun untuk ahli keluarganya (suami isteri dan sehingga empat orang anak di bawah umur 18 tahun). Semua akaun akan memerlukan persetujuan daripada setiap pemegang akaun/pengguna untuk membenarkan penggunaan dan akses data saringan serta semua keperluan undang-undang lain. Mereka yang berumur di bawah 18 tahun akan memerlukan kelulusan/keizinan ibu bapa.

Di sini, pengguna akaun utama atau PAU (yang tidak akan mempunyai akaun pengguna individu mereka sendiri) akan dapat bersama-sama dengan pasangannya (juga akan diberi akses ke akaun pengguna utama dengan akses penuh juga) untuk mengurus dan mengawal semua fungsi Modul untuk diri mereka dan anak-anak yang berdaftar.

Pengguna akaun utama boleh menambah akaun tambahan untuk ahli keluarga lain dengan menambah  akaun tambahan pada akaun utama. Semua akaun dewasa yang ditambahkan akan mempunyai akses penuh mereka sendiri dan data-data dikongsi di bawah akaun keluarga, manakala kanak-kanak yang ditambah akan dikawal oleh pengguna akaun utama.

Dalam jenis akaun ini untuk dewasa yang ditambah serta mereka yang berumur di bawah 18 tahun, pendaftaran akan memerlukan borang persetujuan yang telah ditandatangani oleh pengguna tambahan (dewasa) termasuk mereka yang berumur di bawah 18 tahun dengan sama ada ibu bapa atau kebenaran penjaga dengan kuasa yang diberikan kepada individu (pengguna akaun utama) untuk menguruskan aplikasi dan data saringan yang disimpan berdasarkan ujian saringan yang diambil.

Sebaik sahaja anda menyerahkan borang ini, kami akan memberitahu anda tentang langkah seterusnya untuk pendaftaran termasuk pembukaan akaun dan pengesahan tempahan saringan. Kami juga akan memberitahu anda mengenai proses pembayaran.

Sila whatsapp kami di +60176273839 jika anda mempunyai sebarang pertanyaan.

Terima kasih.
Next
Clear form
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google. Report Abuse - Terms of Service - Privacy Policy