Kesan Moderasi Gaya Kepimpinan Kepada Hubungan Antara Persepsi Sokongan Organisasi & Kepuasan Kerja Dalam Kalangan Ekspatriat Malaysia di Negara GCC

Anda dijemput untuk mengambil bahagian dalam penyelidikan mengenai kesan gaya kepimpinan di tempat kerja dalam kalangan pekerja ekspatriat di negara GCC.

Sebelum anda membuat keputusan untuk mengambil bahagian dalam kajian ini, adalah penting bagi anda untuk memahami mengapa penyelidikan ini dijalankan dan apa yang akan terlibat.

Anda diminta untuk membaca maklumat dengan teliti. Tidak ada jawapan yang betul atau salah. Segala maklumat yang anda kemukakan adalah SULIT dan hanya digunakan bagi tujuan penyelidikan. Penyelidik boleh dihubungi jika ada perkara yang tidak jelas atau jika anda ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut.

Tujuan Kajian:

Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji peranan moderasi gaya kepimpinan dalam hubungan antara persepsi sokongan organisasi dan kepuasan kerja di kalangan ekspatriat Malaysia di negara-negara GCC. Dengan menyelidik faktor-faktor ini, mampu memberikan wawasan tentang dinamika hubungan tempat kerja dan meningkatkan kesejahteraan pekerja ekspatriat.


Manfaat:

Penyertaan anda dapat membantu kami meningkatkan pemahaman tentang kesejahteraan tempat kerja di kalangan ekspatriat Malaysia di GCC, serta meningkatkan minat rakyat Malaysia untuk meneroka negara tanah Arab dalam mengembangkan kerjaya.


Apakah yang akan terlibat dalam penyertaan saya dalam kajian ini?
Untuk menyertai kajian ini, anda perlu memenuhi kriteria inklusi berikut:

  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Pekerja sepenuh masa atau sambilan
  • Rakyat Malaysia yang menetap di GCC (Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar, Arab Saudi, dan UAE)

Tinjauan ini terdiri daripada dua bahagian: satu bahagian demografi dan satu penilaian kesejahteraan. Ia dijangkakan mengambil masa kira-kira 10 hingga 15 minit untuk dilengkapkan. Pastikan anda berada dalam persekitaran yang selesa semasa menyelesaikan soal selidik ini.


Risiko:
Tiada risiko kepada penyertaan dalam kajian ini selain daripada yang dihadapi dalam kehidupan seharian.

Adakah anda perlu menyertai?
Penyertaan dalam kajian ini adalah sepenuhnya sukarela. Anda boleh menarik diri dari kajian ini pada bila-bila masa tanpa sebarang kekurangan.

Jika anda memutuskan untuk menyertai, anda akan diberikan Lembaran Maklumat Peserta ini dan Borang Persetujuan untuk diisi.

Data dan Kerahsiaan:
Data anda hanya akan diakses oleh Pasukan Penyelidikan UKM.

Data yang dikumpulkan dalam kajian ini akan dilaporkan dan kemudiannya mungkin diterbitkan. Data tersebut akan dilaporkan secara kolektif tanpa rujukan kepada individu.

Mana-mana maklumat yang mengenal pasti anda tidak akan dimasukkan dalam mana-mana laporan yang dihasilkan oleh Pasukan Penyelidikan. Data anda akan dirujuk dengan nombor peserta unik bukannya dengan nama.

Pembayaran dan Pampasan:
Anda tidak perlu membayar, dan juga tidak akan dibayar untuk menyertai kajian ini.

Siapakah yang boleh saya tanya tentang mengenai kajian ini?
Jika anda mempunyai sebarang soalan tentang kajian ini pada mana-mana peringkat, anda boleh menghubungi Pasukan Penyelidikan seperti berikut:


i) Hanifah Kashfi (Pelajar Sarjana / Penyelidik):
p124750@siswa.ukm.edu.my / 
sitihanifahpostgraduate@gmail.com
Mobile No.: +6011-63965633

ii) Dr. Nurul-Azza Binti Abdullah (Penyelia Akademik):
nurulazza@ukm.edu.my

Sign in to Google to save your progress. Learn more
Borang Persetujuan

Saya telah membaca maklumat dalam segala informasi di atas termasuk maklumat berkenaan risiko dalam kajian ini. Saya telah diberi masa untuk memikirkannya dan semua pertanyaan saya telah dijawab dengan memuaskan.

Saya memahami bahawa saya boleh bebas memilih untuk menarik diri dari kajian ini pada bila-bila masa tanpa sebarang sebab dan tanpa paksaan.

Saya faham bahawa kesamarataan saya akan dipastikan dalam penulisan.

Saya secara sukarela bersetuju untuk menjadi sebahagian daripada kajian penyelidikan ini, untuk mengikuti prosedur kajian, dan untuk memberikan maklumat yang diperlukan seperti yang diminta.
*
Required
Next
Clear form
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google. Report Abuse - Terms of Service - Privacy Policy